Monday, May 25, 2009
lalu turunlah Al-Muzammil..
Di tengah-tengah kemelut kehidupan di atas bumi Tuhan yang semakin tua...hari demi hari kerosakan bermaharajalela. .satu demi satu bala datang mengancam... maksiat melampaui batas...bagai sengaja mengundang murka Yang Maha Kuasa...
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menyucikan hati dan tunduk mengabdikan diri dikala jahiliyah kembali menggila...di jalan tarbiyyah ini..masih ada fomular untuk kembali merenguk kesegaran hati dan impian ukhrawi ...
Dan sunnahtullahnya. ..diciptakan manusia itu penuh dengan pertarungan. ..sejak mula kembara...di rahim bonda..hingga ...ke alam dunia...dgn berbekalkan janji setia..Tuhan lepaskan ruh itu ke garisan permulaan... dibekalkan dengan akal sebagai kompas bantuan sebelum ditemukan dengan lentara iman....yang membawanya kembali ke garisan terakhir kehidupan..
Sesiapa sahaja yang bergelar manusia tidak akan terlepas melaluinya.. .pertarungan antara kebenaran dan kebatilan... antara cahaya iman dan kegelapan jahiliyah..antara kejahatan dan kebaikan.... antara nafsu syaitan dan ketegasan akal rabbani....
Dan adat dalam bertarung... pasti ada yang menang..ada yang kalah....yang menang akan menguasai dan yang kalah akan beransur pergi....sehingga suatu masa ia kembali dan pertarungan bermula sekali lagi....
Dan beruntunglah bagi mereka yang memilih untuk memenangkan kebenaran di atas kebatilan, kebaikan di atas kejahatan dan tetap akur pada ketegasan akal rabbani sehingga ia menemui Tuhan tetap dengan kesetiaan seorang hamba..
Dan sesungguhnya amat sedikit yang beruntung itu...." Doakan daku termasuk dalam golongan yang sedikit.." pinta seorang Umar kepada sahabatnya.. ..kerana dia amat mengerti...Hanya sedikit daripada jutaan anak Adam yang mampu bertahan melewati cabaran keimanan.... dan pastinya bukan Tuhan yang kejam...tetapi kebodohan sendiri yang menzalimi diri kerana memilih untuk tunduk pada kenikmatan dunia yg sementara..membiarkan ruh dan jasad lalai dibawa arus dunia yg penuh tipu daya..walhal x putus-putus peringatan dan panduan yang diutusNya...
Dek kerana beratnya bebanan bagi mereka yang dihatinya tertancap keyakinan iman..dalam memikul amanah Tuhan..agar x kesasaran... dan lemah untuk meneruskan langkah....lalu di turunkan satu rahsia..bagaimana utk di 'recharge' kembali kesungguhan. ..dan segalanya terkandung dalam dua puluh bait-bait yang tersusun indah...diturunkannya ia tika fasa Makiyyah....
" Wahai org yang berselimut.. ..Bangunlah utk shalat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil...separuhnya atau kurang sedikit dari itu...atau lebih dari seperdua itu bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan. ...Sesungguhnya Kami akan menurukan perkataan yang BERAT kepadamu.... " ( Al-Muzzammil: 1-5)
Waallahu a'lam
Ya Allah sesungguhnya kami sering lalai..menzalimi diri ...dan..jika Engkau hukum Kami..kami hanyalah hambaMU maka termasuk lah kami dalam golongan yang rugi..ya Allah..namun jika Engkau mengampuni kami..sesungguhnya Engkau Maha Penyayang...
Friday, May 22, 2009
DAKWAH KITA… “DAKWAH KASIH SAYANG”
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Khas buat para pencinta Islam yang mengikat janji untuk bersama-sama menjadi penyambung rantaian dakwah Rasulullah s.a.w…
Tahniah pada sekalian pejuang Islam yang bersungguh-sungguh menginfakkan harta, jiwa, masa dan segala yang antum ada untuk jalan dakwah ini. Dengan pengorbanan yang ikhlas dari hati, semoga kita terpilih untuk menikmati syurga Allah yang kekal abadi dan dapat bertemu denganNya kelak..Satu kemenangan yang paling besar untuk umat manusia..
Sesungguhnya jalan ni memang sukar, memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, masa yang diluangkan bukan sejam dua.., tenaga yang diberi bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Berusaha bukan sedaya upaya, tapi sehabis daya. Inilah rutin harian seorang yang bergelar da’ie. Namun, dalam kesibukan kita merancang, bekerja dan melaksanakan amanah kita dalam jalan dakwah ni, kadang-kadang kita terlupa pada satu perkara yang penting, iaitu keperluan berkasih sayang dalam memenuhi hak kita sebagai seorang sahabat, anak, adik-beradik dan sesama manusia.
Tak dinafikan, kebanyakan golongan muda mempunyai sifat hamasah yang tinggi, rela bekerja dan melakukan apa sahaja selagi termampu. Sifat begini memang diperlukan dalam gerak kerja kita, terutama dikalangan belia. Cuma perlu ditekankan disini, jangan sesekali lupa, jalan dakwah ini memerlukan bekalan untuk menggerakkan jundi-jundi yang berada dalam system tarbiyyahnya agar tidak berlaku masalah keciciran yang sangat dahsyat pada masa mendatang. Dan antara bekalan yang penting dan selalu kita terlepas pandang adalah bekalan “ukhuwwah” dan “kasih sayang”.
Sahabat sekalian,
Sungguh!!! Bekalan ukhuwwah dan sifat kasih sayang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keberjayaan tarbiyyah kita dan usaha kita membina rijal-rijal. Pembinaan rijal perlu dimulai dengan perasaan kita mentarbiyyahnya kerana kita kasihkan padanya.
Kita kasih pada mad’u kita, agar beliau tidak tercicir daripada jalan yang kita yakini ni…
Kita kasihkan padanya dan rela berkongsi apa sahaja yang kita ada dengannya…
Kita kasih padanya dan rasa nak dia bersama dengan kita…
Dengan kasih sayang yang ditunjukkan dan diberi dan dengan izin Allah, mad’u yang bakal dibina akan rasa dekat dengan kita dan mudah untuk menerima dakwah kita.
Perasaan kasih sayang juga perlu disemaikan dalam gerak kerja harian kita. Apabila timbul sesuatu konflik, selesaikan dengan cara yang adil supaya tidak menzalimi sahabat yang lain kerana kita kasih padanya. Amalkan konsep syura, kerana kita perlukan pandangan daripada semua sahabat kita kerana kepercayaan yang terbina. Menjaga kebajikan ahli sebaik mungkin kerana kita kasih padanya. Memberi amanah dan tugas bersesuaian dengan kemampuannya supaya tidak menzalimi sahabat kita kerana kita kasih padanya.
Semuanya indah, jika kita dahulukan perbuatan kita dengan meletakkan “hati” dihadapan. Kerana hatilah kunci utama untuk menyemai sifat kasih sayang dalam kehidupan harian kita. Hati yang diikat dengan akidah yang benar, dikemaskan lagi dengan fikrah yang jelas akhirnya akan disatukan dengan ukhuwwah yang sangat hebat…Ukhuwwah yang menjadi bekalan kita sepanjang jalan dakwah yang penuh liku demi mendapat redha Allah, insyaAllah.
Jom!!!
Sama-sama kita zahirkan dan semarakkan sifat kasih sayang kita pada ibu bapa, anak usrah, naqibah, rakan seperjuangan dan seluruh manusi..Semoga dengan kasih sayang yang disemai, kita sama-sama doakan dunia ini akan dipenuhi dengan warna-warna kehidupan yang sentiasa dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat kasih sayangMu kepada kami, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang saling menyayangi keranaMu.
Sesungguhnya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Thursday, May 21, 2009
JOM MERIAHKAN KARNIVAL HARMONI
JOM KHABARKAN KEPADA DUNIA TENTANG KEINDAHAN ISLAM
Antara objektif Karnival Harmoni yang ingin dicapai:
Tempat : Summit USJ
Anjuran : Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)Dengan Kerjasama: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
Pameran dari pelbagai persatuan/pertubuhanJualan (Buku, pakaian, makanan, produk2 halal)
Events of Harmony Carnival 2009
22nd May 2009 (Friday)
10.00am – 10.00pmExhibition and promotion
Multimedia show
23rd May 2009 (Saturday)
10.00am – 12.00pmExhibition and promotion
Multimedia show
12.00pmBriefing of Colouring Competition
12.30pm - 1.00pmCompetition 1 : Colouring Competition (6-8 years) & (9-12 years)
2.00pmVIPs arrive (The Cultural Show : Lion Dance & kompang)
Open Speech by the President of Jamaah Islah Malaysia.
2.10pmOpen Ceremony of Harmony Carnival 2009 by Chairman of JAIS
VIPs invited : Committees of MAIS, Chairman of ACCIN & NGOs.
Cultural Show : Lion Dance from SMK Bandar Baru Ampang.
Booth tour
3.00pm – 4.30pm Forum / Dialog - (Spiritual Solution to Ecomomics Problems - Bro. Muhammad Abdullah, Dr Ahmad Zainuddin JIM, Rep of Malaysian Hindu Sanggam, Rep of Youth Buddhist and Rep of Christian)
4.30pm – 5.30pmLucky Draw 1
6.30pm - 8.00pmExhibition and promotion
Multimedia show
8.00pmMalam Harmony Carnival 2009
8.05pmOpen show by Indian Cultural Musical
Acrobatic Kompang
Arab's dance culture
Nasyid by Brothers
Lucky Draw 2
Silambam (Martial Art) Show
25hb Mei 2009 (Ahad)
10.00am – 6.00pmExhibition and promotion
Multimedia show
11.30pm- 1.00pmBriefing of Drawing Competition
Competition 1 : Drawing Competition (6-8 years) & (9-12 years)
2.30pm – 3.00pm Talk 1 (Footsteps in the light) & Prize giving
By Brother Daniel Hakim Boey the Chairman of MACMA Selangor
3.00pm-3.30pmTalk 2 (Promises of God) & Prize giving
By Sister Lana Mohamed from IIS
3.30pm-4.00pmTalk 3 (Mercy like the rain) & Prize giving
By Syed Barkat the Chairman of Al-Hunafa'
5.00pm – 6.00pmClosing ceremony
VIPs : Chairman of Hidayah Centre