Friday, May 8, 2009

KOMENTAR PRESIDEN KARISMA

Akhbar SINAR- 1 Mei 2009

KARISMA GESA REMAJA, BELIA PATUHI NILAI AGAMA 

Kuala Lumpur- tindakan seorang artis popular tanah air memeluk seorang artis lain yang didakwanya kekasihnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat negara ini yang tidak daoat menerima perbuatan ini

Malah artis tersebut dengan mudah membuat kenyataan dia akhbar media bahawa perbuatannya tidak mendatangkan kesan buruk sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Kenyataan ini sukar diterima dan dilihat tidak masuk akal dari sudut seorang manusia normal yang mampu berfikir bahawa kesan yang akan diberikan adalah kesan nilai dan moral masyarakat Malaysia.

Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Abdullah Omar Mohamad Fuad berkata, keadaan ini ditambah pula dengan paparan media dengan berita-berita keterlanjuran remaja zaman kini, kes pembuangan bayi, statistik kes zina yang kian meningkat, kes mengandung anak luar nikah dan segala macam masalah sosial yang kian melanda remaja hari ini.

Menurutnya, petikan akhbar berbahasa melayu bertajuk "Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dapat dicapai" amat tepat sekali apabila perbuatan-perbuatan bertentangan dengan akhlak dan nilai agama sudah menjadi kebiasaan muda mudi, malah dilihat biasaoleh masyarakat.

"Remaja dan golongan muda hari ini harus mempunyai benteng yang kukuh untuk mempertahankan diri dari pelbagai pengaruh negatif yang kian melanda pada zaman moden ini."

"Golongan harapan negara pada masa akan datang ini, harus bijak membuat penilaian terhadap apa yang mereka amati serta perlu kuat berpegang teguh terhadap prinsip dan nilai yang betul. Prinsip dan nilai ini perlu bersumberkan agama, bukan prinsip dan nilai ciptaan manusia," katanya.

Beliau berkata, apabila kita mengikuti prinsip dan nilai yang ditetapkan oleh manusia, maka kita mudah menyetujui perbuatan yang sebenarnya sangat bertentangan dengan agama dan budaya kita.

No comments: