Wednesday, August 5, 2009

HI-TEA BERSAMA WANITA JIM DHL

Pada 18.7.2009 telah berlangsung sebuah majlis Hi-Tea anjuran Wanita Jemaah Islah Malaysia Daerah Hulu Langat (JIM DHL). Majlis ini adalah julungkali diadakan dengan tujuan untuk menghimpunkan pertubuhan/persatuan serta NGO sekitar Daerah Hulu Langat sebagai platform ke arah kerjasama yang lebih kukuh dalam medan pengislahan masyarakat. Majlis dihadiri oleh wakil-wakil persatuan & NGO seperti Dewan Muslimat Pas daerah Serdang, HELWA ABIM, Penjara Wanita Kajang, Hospital Kajang, Hospital Az-Zahrah, PELITAWANIS TNB Bangi, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin (TAYT), HELIKS Enterprise, dan KARISMA-UKM sebagai satu-satunya wakil mahasiswa daerah Hulu Langat.
Pada jam 3.00 petang, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudari Siti Hajar Mohammad, majlis diteruskan dengan ucapan-ucapan aluan oleh Ketua Wanita JIM DHL Puan Hjh. Zuraidah Kornain, Ketua Wanita JIM Selangor Dr. Roohaida dan juga satu sesi tayangan slide show bertemakan pengenalan tentang Jemaah Islah Malaysia, persatuan serta kelab berdaftar di bawahnya serta ahli jawatankuasa Wanita JIM DHL . Dalam sesi tersebut para hadirin telah menyaksikan tayangan gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak pihak Wanita JIM DHL. Selain itu mereka juga ditawarkan untuk bekerjasama dalam membantu program yang telah dijalankan seperti Program Wanita di Penjara Kajang dan juga Proram Belia. Majlis minuman petang ini diteruskan pula dengan sesi pengenalan bersama para hadirin yang merupakan wakil-wakil bagi persatuan dan NGO serta perkongsian tentang aktiviti yang dijalankan oleh persatuan masing-masing.

Majlis diakhiri dengan sesi minuman petang dan bersurai kira-kira pada jam 4.45 petang. Adalah diharapkan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dengan agenda program yang lebih menarik agar segala usaha dan perjuangan murni setiap pertubuhan & NGO dalam aktiviti pembangunan masyarakat dapat disatukan melalui gerak kerja yang lebih mantap, walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada pihak penganjur dan jemputan yang hadir kerana jika tiada komitmen dari kedua-dua belah pihak, maka pertemuan seperti ini tidak akan berjaya direalisasikan demi pembangunan masyarakat.

No comments: