salam,
disini ana sertakan email dari kak nihlah uia
semoga dapat dipanjangkan. .
jzzk
k.intel
Assalamualaikum,
Alhamdulillah semalam PACE mengadakan pertemuan dengan Dr Ma'an, pensyarah UIA yang menguruskan kebajikan pelajar-pelajar Palestin di IPT di Malaysia. Beliau turut ditemani oleh dua orang pelajar Palestin di peringkat pasca siswazah iaitu Bro. Abdul Hadi dan Bro Naji. Pertemuan ini diatur untuk menimbangkan sumbangan/dermasisw a kepada pelajar-pelajar Palestin di Malaysia yang memerlukan bantuan.disini ana sertakan email dari kak nihlah uia
semoga dapat dipanjangkan. .
jzzk
k.intel
Assalamualaikum,
Menurut Dr Ma'an, setakat ini terdapat hampir 600 pelajar Palestin di Malaysia di semua peringkat pengajian (ijazah pertama, Masters dan PhD). Dari jumlah tersebut dalam 70 -80 orang memdapat bantuan kewangan dari Aman Palestin dan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini bermakna sekitar 500 orang lebih belum mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana pihak.
Dr Ma'an menjelaskan lagi jumlah bantuan yang diterima oleh setiap pelajar adalah bergantung kepada saiz keluarga seperti berikut:
1. Berkahwin mempunyai 2 orang anak atau kurang - RM 1,400
2. Berkahwin mempunyai lebih dari 2 orang anak - RM 1,900
3. Bujang (termasuk berkeluarga tapi datang bersendirian) - RM 300 - RM 500 (bergantung kepada sumber kewangan mereka yang sedia ada).
Setelah menimbangkan status tabung Palestin yang terkini, maka PACE bersetuju untuk menawarkan dermasiswa kepada 10 orang pelajar dengan jumlah sebanyak RM500 sebulan selama setahun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000. Satu MoU akan ditandatangani dengan sebuah NGO yang dikenalpasti dari Palestin untuk tujuan ini. Sehubungan dengan itu satu sidang media akan diadakan setelah 10 orang pelajar tersebut dikenal pasti dan dokumen yang berkaitan disediakan.
PACE menganggap bantuan dalam bentuk dermasiswa ini wajar diberi keutamaan kerana ia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang ke arah pembinaan modal insan bagi membangunkan Palestin di masa depan. Usaha ini juga akan dihebahkan di media (melalui sidang media yang akan disusun) sebagai menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di samping membantu rakyat Palestin yang ditindas dan dinafikan hak mereka untuk mendapat peluang belajar di negara mereka sendiri.
Sehubungan dengan ini, PACE mengalu-alukan ahli JIM dan juga masyarakat umum untuk menyumbang wang atau menaja seorang pelajar mengikut kemampuan masing-masing. Kami juga mengalu-alukan wang zakat bagi tujuan ini (asnaf - fi sabilillah). InsyaAllah setelah mendapat butiran lebih terperinci dari Dr Ma'an kami akan memaklumkan kepada ikhwah-akhawat mengenai mekanisme penajaan.
Sementara proses tersebut berjalan, kami mengalu-alukan sumbangan semua dengan memasukkan sumbangan ke akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia. Sila maklumkan kepada ana jumlah dan tarikh wang dimasukkan dengan menghantar sms ke 013-3685367 (ini untuk tujuan rekod dan pemantauan).
Semuga Allah merahmati antum dengan infaq yang dilakukan dan memberkati rezeki kita. Ameen
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
No comments:
Post a Comment