program "Le Tour De Family" yang telah pun dipanjangkan masanya Alhamdulilah telah berjaya kami lakukan sebanyak dua kali..Sebenarnya usrah yg kami lakukam pun pelik2 sbb tak mcm usrah biasa.. hehehe.. ada usrah yg kami buat di tempat biasa tuu, ada yg kami buat di bilik salah seorang adik2 kami, ada yg kat stadium lepas joging, ada lak kat cafe FST sambil makan lunch.. boleh tak kalau nak kata semua tu "Le Tour De Family".. hehehee..
agak susah untuk kumpulkan kesemua adik2 dalam satu masa disebabkan kesibukan kami, dan adik2 jugak.. sbb tu yg usrah merata-rata tuu..cuma sedikit perkongsian yg boleh dicoretkan disini sbg laporan kepada TPSM (p/s: nnt Aifa marah.. kui kui..)
pertamanya kami buat semasa menyambut hari lahir adik kami.. sekadar yang kami mampu ialah membelikan kek coklat.. itu je laa.. hehehe.. dan tema usrah pada hari tersebut ialah ukhuwah..bagaimana memilih sahabat yang baik..
kami tanyakan pada adik2 ape nak buat kalau sayangkan kawan2..?? mesti kita nak sama2 jadi baik dan sama2 dpt masuk syurga kan?? dan kami tanya kan pula agak2 kenapa kami susah2 nak berusrah dgn adik2..?? kami dapat duit ke?? kami dpt nama ke?? tentula sbb kami sayangkan adik2 kami.. kerana sayang itu maka kami lakukan tanpa minta ape2 balasan kecuali dari Allah.. maka kami juga harapkan adik2 kami untuk lakukan kerana Allah dan ajak kawan2 yg lain bersama melakukan kebaikan kerana kasih kepada mereka.. HEBATNYA KASIH KERANA ALLAH..
selepas memotong kek, kami dera birthday girl untuk menyuapkan kek kepada semua org dgn potongan kek yg sama.. dan dgn potngan kek yg sama jugak semua org suap kan kat birthday girl.. amacam?? Ada ukhuwah tak...?? hehhee.. Full report [klik sini]
seterusnya untuk kali keduanya kami lakukan di stadium.. biasala aktivitinya ialah joging di pagi hari.. kami lakukan pada hari selasa lepas.. memang letih sbb jarang sangat buat.. dan usrah ini adalah usrah terakhir untuk semester ini.. sedihnya..
adik2 tanya dgn nada risau, "lepas ni kami nak usrah dgn sape??"
akk dia jwb dgn nada cuak jugak "nnt ada akak yg lebih baik akan gantikan kakak2 yg nak grad ni..jgn bimbang.. keluarga korang akan bertambah.."
Adik2 minta kakak untuk datang ke sini melawat mereka.. dan kakak pula berharap jauh di sudut hati untuk kembali lagi melawat adik2.. Allah jua sebaik-baik perancang..
mula2 salah seorang lead warming up..hehehe.. org kat stadium tu jeling2 jugak budak2 pompuan beria wat warming up..mcm la teror sgt bersukan.. heheehe.. suka hati kitorang la kan..?? lepas tu mula la sesi amek feel padang dulu.. hehehe..oleh kerana dua daripada adik2 ni PALAPES a.k.a ROTU, kompem la kakak dorang ni tertinggal.. dorang steady je joging 2 pusingan stadium.. sori la dik.. heheehe.. akak korang ni buat 5 pusingan, tp jalan je la.. xdenye nak joging giler.. hehehehe..
usrah pada kali ni temanya ialah, menghabiskan modul persediaan untuk melayakkan mereka naik ke modul seterusnya..walaupun modul ni dah di 'cover' dalam bengkel, kami buat sekali lagi untuk lebih clear.. jadi masa ni adik2 kena bentangkan.. oleh kerana kakak dorang ni KEJAM, asik2 sume kena tanya soalan (p/s: mak usrah kpd kakak dorang ni lagi kejam.. kui kui kui..) bila mereka bentangkan je, kakak dorang akan tanya soalan dan minta mereka fikir luar dari buku.. xnak dengar ape buku kata pasal ape buku kata akak boleh baca, tp akak tak cukup kuat nak baca ape adik kata.. jadi adik2 kena la bagitau akak ape adik nak kata..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana mengatur kesemuanya dengan baik.. Setelah satu semester berusrah bersama adik2, kami harapkan adik2 tsabbat di jalan ini dan meneruskan ape yg kami pernah lakukan di sini.. dan telah langsailah hutang kami pada program "Le Tour De Family" sekaligus tamatlah usrah adik-adik untuk semester ini.. Kami juga insyaAllah akan menamatkan pengajian tak lama lagi.. Sekalung kemaafan buat adik2 kalau2 ada tersilap kata dan terkasar bahasa..
..:: jalan ini ada permulaannya tapi tak pernah ada pengakhiran ::..
posted by: Liza&Kak Susee..
No comments:
Post a Comment