Israel akui curi organ mayat (link)
BAITULMAQDIS 21 Dis. - Israel mengakui pakar patologi forensiknya pada 1990-an mengambil organ daripada mayat termasuk mayat penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.
Isu itu timbul berikutan penyiaran wawancara dengan ketua institut forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dijalankan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang menyiarkannya disebabkan kontroversi besar yang tercetus pada musim panas lalu, selepas sebuah akhbar Sweden mendakwa Israel membunuh rakyat Palestin bagi tujuan mengambil organ mereka. Israel menafikan dakwaan itu.
Petikan wawancara tersebut disiarkan oleh stesen televisyen Israel, Channel 2 pada hujung minggu lalu.
"Kami mula mengeluarkan kornea... apa jua yang dilakukan adalah sangat tidak formal. Tiada kebenaran diminta daripada keluarga terlibat," kata Hiss dalam wawancara tersebut.
Menurut laporan Channel 2 itu, pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang daripada mayat askar Israel, rakyat Israel, penduduk Palestin dan pekerja asing, selalunya tanpa izin keluarga mereka.
Sebagai mengulas laporan televisyen itu, tentera Israel mengesahkan amalan tersebut berlaku.
"Kegiatan itu dihentikan sedekad lalu dan tidak lagi berlaku," menurut satu kenyataan tentera Israel.
Hiss dalam wawancara itu menceritakan bagaimana doktor menyembunyikan perbuatan mengeluarkan kornea daripada mayat.
"Kami menutup kelopak mata dengan pelekat, dan tidak akan mengambil kornea daripada mayat jika kami tahu keluarga berkenaan akan membuka kelopak mata," katanya. - AP
APA PERASAAN ANDA SEKARANG?
BAYANGKAN JIKA ORGAN AHLI KELUARGA ANDA YANG DICURI..
renungkan
No comments:
Post a Comment