Alhamdulillah hirobbi ‘alamin, segala puji kepada Allah dan junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. hari ini,Awal muharram dimana kita selaku umat Islam menyambut tahun baru Islam iaitu bagi tahun ke 1431 hijrah. Bagaimanakah tahap ilmu dan iman kita pada hari ini? Adakah kita membina semula azam-azam baru dan membetulkan semula niat kita terhadap segala perkara yang kita lakukan?
Masih ingat dengan term-term yang kita pelajari dan hadam dalam usrah yang kita sertai saban hari dan waktu? Bagaimana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan kita seharian terutama ketika kita semua sedang cuti pengajian ini. Sedar tidak sedar, tinggal beberapa hari sahaja keputusan peperiksaan lepas akan keluar dan kuliah pengajian kita akan bermula semula.
Pada lembaran ini, penulis suka untuk berkongsi semula formula membentuk peribadi muslim yang menjadi tonggak kepada kejayaan seorang muslim. Seorang muslim sepatutnya memiliki peribadi yang dihiasi dengan sifat-sifat terpuji dan ciri-ciri asas Islam, tidak dicemari dengan sesuatu yang mengaibkan dan tidak juga mempunyai hubungan dengan musuh.
"Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat…” (Hassan al-banna)
Aqidah yang sejahtera:
- Mengimani rukun iman dan rukun Islam
- Tidak merenung nasib
- Tidak membuat sebarang jampi kecuali melalui bacaan al-quran dan zikir yang mathur
- Tidak berhubung dengan jin
Ibadah yang sahih:
- Sangat menghargai solat berjemaah
- Berqiamullail
- Sentiasa membaiki mutu solat
- Menyebarkan ucapan salam
Akhlak yang mantap:
- Tidak takabbur, ria’ dan penyakit-penyakit hati yang lain
- Menjaga rahsia
- Menundukkan pandangan
- Mempunyai pendirian
Berdikari:
- Tidak terlalu bergantung kepada orang lain
- Tidak boros
- Menabung untuk masa depan
- Melakukan kerja dengan penuh kesungguhan [itqan]
Ilmu yang luas:
- Memahami Islam sebagai satu cara hidup yang syumul
- Membaca dan memahami al-quran
- Faham dan peka perkembangan isu semasa
- Mampu memberikan pandangan
Badan yang sihat:
- Menjaga kesihatan
- Makan, tidur, bersenam mengikut peraturan kesihatan
- Menjaga makan dan minum
- Memelihara persekitaran yang bersih
Mujahadah melawan nafsu:
- Menjauhi perkara-perkara haram
- Tidak menghampiri zina
- Bergaul dengan orang yang baik
- Mampu mengawal runtunan nafsu
Bersistem dalam kehidupan:
- Menjadikan solat asas disiplin hidup
- Membuat jadual pengurusan masa dan diri
- Sentiasa tersedia [bersiap siaga]
Menjaga masa:
- Datang kuliah atau usrah tepat pada waktunya
- Memenuhi janji
- Tidak membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat
Bermanfaat kepada orang lain:
- Menunaikan hak ibubapa, sahabat dan sebagai sesama muslim
- Membantu golongan yang memerlukan
- Berkomunikasi dengan baik dengan orang lain
- Bertanggungjawab kepada masyarakat
ayuh teman-teman, kita baiki dan update niat dan amalan kita sempena kedatangan tahun baru hijrah ini.moga hijrah kita menjadi mahasiswa, insan dan hamba yang lebih baik mendapat redha Ilahi hingga ke syurga kelak.
Rujukan:
i. Nota daurah
ii. http://www.scribd.com/doc/7381072/Peribadi-Muslim
No comments:
Post a Comment