Friday, January 23, 2009

Rehlah dan Tajmi' Umum

Alhamdulillah...

pada hari ahad yang lalu (18 januari) KARISMA-UKM telah mengadakan rehlah dan tajmi' umum di Kolam Memancing Desa Mahkota

pemandangan Kolam Pancing Desa Mahkota

kepada sesiapa yang nak buat program di sini amat2 digalakkan... pemiliknya sangat2 memberikan kerjasama...
katanya kolam ni masih baru dan perlukan banyak promosi... mula2 tu dia mcm terkesima jgk bila dengar kami yang nak wat
program ni sumenya perempuan... mcm tak percaya perempuan nak memancing...kami senyum je... pancing ikan dgn pancing mad'u
nampak mcm lain, tp strateginya tetap sama... itu lah motif yang tersirat disebalik pgm ni..

maka pagi2 lagi urusetia dah kecoh2 dgn program.. yang jadi driver dah sibuk2 panaskan enjin kereta utk amek adik2..
yang tak mahir bawak kereta tapi ada lesen pon terpaksa rela bawak jgk la kereta... xpe, ape2 hal syahid la kot.. insyaAllah... 
hehehe... Alhamdulillah utk pgm ni byk bantuan kami dapat dari makcik pakcik JIM.. terima kasih atas bantuan kenderaan yang
diberikan... atas bantuan tersebut, maka adik2 dapat kami angkut dari UKM ke Kolam Memancing hanya dengan satu trip...
konvoi ramai2..

bila dah sampai tu, kena la cerita cket ttg tujuan program pada hari tersebut...dah ada kat kolam pancing
takkan nak suruh main bola pulak...? tentulah memancing... mereka terlebih dahulu dibahagikan kepada 9 kumpulan...
nama2 kumpulan pulak mestilah bertemakan IKAN...task yang mereka perlu lakukan:
memancing dan memasak hasil tangkapan itu dalam tempoh 3 jam, bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh hari.
untuk menyusahkan lagi para peserta, kami hanya menyediakan tali tangsi dan mata kail. oleh kerana kawasan kolam mempunyai tanah yang agak berpasir,
kami rasakan kerja2 mencari umpan cacing hampir mustahil. justeru pihak urusetia ada sediakan cacing, tp kena buat penukaran sistem barter
peserta perlu mengumpulkn siput gondang dan ditukar dgn cacing. ada yang komen tak adil pasal siput besar, cacing kecik... 
patutnya satu siput dua atau 3 cacing...masa ni la nak tgk kerjasama berpasukan dorang dan strategi perancgn kerja tu...
ada yg cari kayu nak buat joran, ada yang berusaha mencari umpan... 

lepas peralatan sedia, mula lah team2 ikan ni mencari port baikkk punya untuk melemparkan umpan yang terlekat di mata kail..
Bismillah pon dibaca, umpan pon dilempar ke dalam kolam... tup2 ada kumpulan yang dah dapat ikan... terkejut jugak bila tgk ikan tu boleh tahan besar la jugak
kalau nak dilihat pada joran zaman batu kami ni mcm tak layak je nak dpt ikan mcm tu... bila disoal siasat, rupanya ikan tu pening2
dtg ke tepi kolam, dorang tngkap dgn tangan je...dalam tempoh dua jam pertama memang ramai lah yang dah boring2..
dah frust2 tgk org lain dapat ikan. ada yang tak terkira ntah berapa kali tukar port, tukar cacing.. pendek kata sume strategi dah digunakan sebaik mungkin..
tapi rezeki ttp ditgn Allah kan... setelah 2 jam memancing di kolam besar, para peserta di khabarkan dgn berita gembira...
mereka kesemuanya diarahkan untuk berpindah memancing di kolam lain yang lebih kecil... masa ni lah sume peserta rasa macam tak nak balik...
letak je joran, dpt ikan... kata pemilik kolam, kolam yang kecil tu memang belum dibuka utk umum... ikan2 kat situ tak diberi makan pulak tu...

tangkap punya tangkap, peserta kita ni pon baru la nak menggelabah hidupkan api, pasal ikan yang ditangkap ni kena masak dalam masa berbaki kurang sejam..
masa tu la sume pon sibuk menyiang, sibuk mengunyit dan menggaramkan ikan tu...ada pulak yang dok tiup2 api... hehehe...
tak lupa jgk, ada yang tak leh nak berhenti memancing.... punya la syok dapat ikan...

setelah masa 3 jam tamat, peserta dikumpulkan dan diasingkan mengikut modul untuk sesi pengisian dan sekaligus penggulungan
modul 00 di gulung oleh Kak Ila, modul 01 digulung oleh Kak Saibah... modul 00 penekanan lebih kepada ukhuwah.. kerjasama dalam kerja berpasukan
perancgn kerja yang strategik dan kaedah yang tepat bagi mecapai matlamat... bagi modul 01 pula, penekanan diberikan kepada DF, kiranya ikan yg nak dipancing tu mad'u la...
mmg sama la situasi memancing mad'u tu dgn memancing ikan tu... peralatan kena ada, perancgn, kerjasama, sikap tak putus asa
mcm2 la...ikan2 tu memang tak sempat masak la.. jadi rezeki utk akhwat2 yang dok rumah sewa sbb ada dapur... yg dok kolej dalam UKM
amek bau je la... hehehe...dari feedback yang kami dapat alhamdulillah... yg tak suka memancing pon rasa syok nak pancing...

sekadar ini sahaja perkongsian program dari K-UKM... yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri
dan hakikatnya dari Allah juga untuk mengingatkan kami bahawa Allah yang Maha Sempurna...