Thursday, July 23, 2009

.:FIQH SOLAT:.

benarkah solat kita seharian menepati ciri solat yang sebenar?
Apakah pula perkara yang membawa kesempurnaan solat?
apakah ciri-ciri solat yang mempunyai roh [solat yang beerti]?
temui segalanya dalam daurah " fiqh solat "
TAJUK:FIQH SOLAT
PENCERAMAH:USTAZAH ARFAH
TEMPAT: FSSK
TARIKH : 24 JULAI 2009
HARI DAN WAKTU: JUMAAT/12.45-2.00 PETANG
yuk kita meriah majlis ilmu di samping mengislahkan diri atas amalan harian kita..

Wednesday, July 15, 2009

EXPLORASI SAMPEL

...JoM KeNaLi UKM SamBIL Ber'EksPlOraSi"...

Tarikh : 19/07/09

Hari : Ahad

Masa : 8.30 am.-3.00pm.


Semua warga Karisma-UKM dijemput hadir memeriahkan EXPLORASI SAMPEL (event pertama melibatkan warga Karisma UKM pada semester ini-).


"Bersama Kita Mempererat Ukhuwwah "-




p/s : Naqibah sila notis (make sure antunna dah publisitikan program ni pada adik2)dan beri maklum balas kpd JK Pendaftaran. Terima Kasih.


Friday, July 10, 2009

PALESTIN1


salam,

ini adalah post pertama K-Intel utk sesi baru ini.
apa yang penting utk ditekankan disini ada 2
perkara :-
1)isu Palestin TIDAK BERMUSIM
2) isu Palestin adalah isu kemasyarakatan/global
bukannya isu keagamaan- Islam sahaja.

diharap semua sahabat serta diri saya sendiri
dapat menyedari hal ini dan menyebarkan
kepada rakan-rakan yang lain kerana saya
rasa ramai lagi orang di luar sana yang
masih melihat isu ini sebagai isu orang Islam
dan negara Islam sahaja(itu pun tak semua orang
Islam prihatin hal ini).

selepas ini, kami akan cuba untuk menulis update mengenai
berita di Palestin.

bersatu kita utk menegakkan keadilan ;>


Tuesday, July 7, 2009

Program:
KONVENSYEN GRADUAN NASIONAL 2009
(KGN 2009)

Tarikh (masa):
25 Julai 2009 (8.30pg) - 26 Julai 2009 (3.30ptg)

Tempat:
Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa, KL

Sasaran Peserta:
i- Graduan IPT dalam dan luar negara dalam tempoh 3 tahun terdahulu
ii- PELAJAR TAHUN AKHIR DI IPT DALAM DAN LUAR NEGARA
iii- Pernah atau masih mengikuti sistem pentarbiyahan JIM
Yuran:
RM 30

Penganjur:
JIM IPT Pusat, dengan kerjasama JIM IPT Selangor

Objektif Program:

1- memberikan pendedahan mengenai raliti dan cabaran hidup selepas alam kampus.
2- perkongsian pengalaman dari aktivis JIM di dalam menghadapi cabaran kehidupan.
3- memberi pengenalan terhadap gerak kerja dakwah JIM di Malaysia dan bagaimana para belia mampu turut sama menyumbang dalam visi perlaksanaan syarian 2020
4- memupuk silaturrahim serta mewujudkan rangkaian ukhuwah diantara para peserta dengan mereka di dalam aktivisme JIM.

Utk mendaftar, hubungi Sdr Khairul Fadhli di jundullah85@gmail.comatau 0133554342 / 0125726557, dan nyatakan maklumat berikut:

Nama
IC
Tempat tinggal (sekarang)
Hp
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2009

Sunday, July 5, 2009

Khadijah bukan sekadar kekasih Nabi, JUGA DIGELAR USAHAWAN TERNAMA

Beliau adalah antara usahawan yang tersohor di bumi Mekah. Walaupun sibuk mencapai kemajuan dalam dunia perniagaan, beliau tidak lupa menggunakan hartanya bagi kebaikan.

Beliau selalu memberi makanan dan pakaian kepada orang miskin

membantu saudara-maranya yang menghadapi masalah kewangan

termasuk membantu mereka yang tidak memiliki kemampuan kewangan untuk berkahwin.

Khadijah adalah anak kepada usahawan kaya bernama Khuwailid bin Asad. Ibunya pula Fatimah binti Za’idah, daripada Bani Amir yang mempunyai kaitan dengan keluarga Nabi Muhammad. Ibunya meninggal dunia pada 575 Masihi dan bapanya 10 tahun kemudian. Selepas kematian bapanya, beliau mewarisi kekayaan bapanya. Sejak itu, beliau menguruskan dengan baik sehingga menjadi usahawan paling kaya di Mekah, dengan jaringan perniagaan hingga ke Syria dan Yaman.

Dalam menguruskan perniagaan, Khadijah didapati menggunakan konsep empowerment. Konsep ini bertunjangkan pemimpin organisasi (Khadijah) bagi memberikan kebenaran kepada para pekerjanya berfikir, bertindak dan mengambil keputusan secara bebas, asalkan tindakan dan keputusan itu dapat menyumbang kepada pencapaian objektif dan matlamat organisasi.

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad saw, beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali. Keduadua suaminya terkorban dalam perang. Rumah tangga beliau bersama baginda saw kekal hingga ke akhir hayat. Selain gelaran Ummul Mukminin yang diperoleh selepas kedatangan Islam, beliau sememangnya dihormati dikalangan penduduk Mekah sebagai wanita yang berperwatakan baik walaupun sebelum kedatangan Islam sehingga digelar Ameerat Quraisy (puteri Quraisy) dan al-Tahira (yang suci). Khadijah yang dipandang ‘suci’ daripada segi spiritual kerana sebelum kedatangan Islam lagi, beliau memang menolak kepercayaan kepada berhala dan tidak pernah menyembahnya.

SUMBER: Buletin Jihad Bisnes Issue 3- JK DANA KnL 2009

[klik sini utk download]