Monday, March 22, 2010

PROGRAM INDUKSI- KHAS BUAT BAKAL GRADUAN

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, mengikut kalendar akademik UKM, tinggal beberpa minggu lagi kuliah dan kita bakal menghadapi peperiksaan akhir. Bagi pelajar tahun akhir di UKM, saat-saat terakhir ini merupakan saat yang amat genting untuk dilalui. Berhadapan dengan thesis, projek akhir, dan banyak lagi. Yang mungkin akan berlegar-legar di minda bakal graduan juga adalah untuk menyediakan diri meninggalkan bumi UKM yang tersayang. Bayangkan selama 3-4 tahun, terlalu banyak pengalaman yang dilakarkan disini. Namun, inilah hakikat yang perlu diterima, Allah sudah menentukan jalan hidup yang terbaik buat hamba-hambanya.

Namun, bagaimana pula dengan usrah dan tarbiyyah kita??
Adakah ianya akan berhenti sebaik sahaja kita berhenti belajar dan meninggalkan bumi UKM?
Jawapannya....TIDAK SAMA SEKALI!!!
Tarbiyyah tidak akan berhenti dengan berhentinya kita belajar disini, kita yang bakal grad perlu berusaha untuk mencari tarbiyyah walau dimana kita berada kerana proses pentarbiyyahan diri kita tak akan berakhir sehinggalah berakhirnya hidup kita.

Dengan menyedari hakikat pentingnya penerusan usrah dan tarbiyyah kepada yang bakal grad, jadi pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan jalan untuk anda memahami tarbiyyah selepas anda grad.

Nantikan program yang bakal diadakan untuk anda:

PROGRAM INDUKSI BAKAL GRADUAN 2010
TARIKH: 28 MAC 2010 (8.30 AM - 4.30 PM)
TEMPAT: SEKOLAH AL AMIN, BANGI

Nah...jalan telah terbuka dihadapan anda.
Sesiapa yang inginkan diri mereka sentiasa bersama dengan insan mulia yang terpilih oleh Allah,untuk melalui jalan yang diredhaiNya jalannya telah tersedia untuk anda.
Sekarang, terpulang pada anda untuk memilihnya..
Nak seribu daya, taknak seribu dalih...

Sila daftarkan kehadiran anda pada murabbi (nuqaba') masing2...

Thursday, March 18, 2010

KONSERT LIFE LINE 4 GAZA

Kenyataan PACE: Pelaburan Syarikat Coca-cola di Malaysia

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha’aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions – Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia – sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L’oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

http://pacemalaysia.net/

Wednesday, March 17, 2010

DAURAH ISK - 21 MAC 2010

Assalamu'alaikum...

Dipanjangkan, untuk makluman antum. Anjuran K-aDHL.
Mohon nuqaba' survey anak usrah yang tak hadir ke ISK
anjuran K-UKM untuk hadir ke ISK ni yer...jzkkk..

DAURAH ISK


HARI: AHAD
TARIKH: 21 MAC 2010
TEMPAT: AREA MASJID HASANAH
MASA: 8.30 pg - 5 ptg

PENYAMPAI: AKHI REZA

************************************************
TENTATIF PROGRAM

8.30PG - PENDAFTARAN+SARAPAN
9.00PG - SLOT 1 ISK
11.00PG - GAMES POP KUIZ
11.15PG - SLOT 2 ISK
1.00PTG - SOLAT ZUHUR
2.00 PTG - SLOT 3 ISK
3.00 PTG - GAMES POP KUIZ
3.15PTG - IPK+PENUTUP
5.00PTG - TAMAT

Tuesday, March 9, 2010

KE ARAH MELAHIRKAN USRAH MUNTIJAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entri ni dititipkan khas buat para murabbi yang ikhlas berjuang demi Islam tercinta. Dimana dirinya mempunyai impian sebagaimana impian al-faruq yang mengimpikan terbinanya rijal-rijal yang akan menyambung perjuangan ini. Dimana dalam dirinya sangat bercita-cita melihat anak usrah didikannya membesar dengan suapan tarbiyyah yang sempurna hasil didikan tangannya. Dimana dirinya telah berjanji untuk hidup dan mati diatas jalan dakwah ini.

InsyaAllah, ingin kukongsikan bersama kalian sedikit ilmu yang kuteguk sepanjang berada di dalam sistem tarbiyyah ini. Sesungguhnya ku berlindung daripada Allah daripada perasaan riak dalam penulisan ini, tiada matlamat lain yang kuingini melainkan pengharapan redha Allah dan beroleh kebaikan dunia dan akhirat.

Keterbukaan hati ini untuk menulis timbul kerana kerisauanku terhadap kesinambungan tarbiyyah di tempat kita mencedok ilmu dan pelbagai pengalaman ni, UKM. Bila ku melihat jumlah yang akan grad yang sangat ramai, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan, kerisauan yang meladak dalam hati ini. Adakah amanahku telah selesai? Adakah aku telah meninggalkan pewaris di sini?. Ku sangat memahami sudah semestinya akhawat yang lain juga merasai perasaan yang sama kurasai.

Jadi, jom sama-sama kita muhasabah kembali prestasi usrah kita, dan sama-sama memperbaikinya dan berusahalah untuk menghasilkan usrah muntijah.

Pertamanya, apa itu usrah muntijah?

Usrah muntijah adalah usrah/ halaqah yang dinamik dan produktif. Usrah ini melalui proses pelajaran secara dinamik hingga terhasil produktiviti dalam mewujudkan tujuan usrah tersebut. Dalam bahasa ringkasnya, anak-anak usrah kita ni akan lahir menjadi seorang pendakwah yang akan menyambung perjuangan kita malah menjadi lebih hebat daripada kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, halaqah/usrah adalah wadah utama dalam memastikan tarbiyyah yang diperolehi itu efektif. Seharusnya, halaqah/usrah kita menjadi wadah membina kader dakwah, sebagai kilang menghsilkan para da'ie.

Kepentingan Halaqah/usrah:

  1. Wasilah paling utama dalam tarbiyyah – perintah Allah untuk belajar seumur hidup
  2. Sunnah Rasululah dalam membina sahabat
  3. Sarana berkesan untuk membentuk sakhsiah islamiah
  4. Melatih amal jama'ie dalam mempertahan kewujudan jemaah Islam
  5. Jalan yang paling tepat untuk takween ummah

Macam mana nak wujudkan usrah muntijah?

  1. Jangan jadikan usrah/halaqah itu sebagai rutin (ni biasanya berlaku jika kita beranggapan usrah diadakan sekadar untuk habiskan silibus, halaqah jalan, tapi ruhnya takde)
  2. Elakkan usrah/halaqah berjalan secara monotone – should be multitone! (tukar tempat, bagi tugasan pada anak usrah, buat masak2, jalan2, main games, dll, naqibah seharusnya kreatif)

Kenapa halaqah/usrah tak muntijah?

  1. Terjebak dengan rutin
  2. Sibuk dengan aktiviti yang lebih grand
  3. Kesibukan urusan duniawi
  4. Terpengaruh dengan jumlah peserta
  5. Merasa halaqah/usrah tiada masalah
  6. Kurang motivasi & muhasabah dalam jamaah & akhawat sekitar
  7. Tertipu dengan nostalgia lampau

Apa peranan kita sebagai murabbiyah?

  1. Ikhlaskan niat, tuluskan hati mentarbiyyah mutarabbi kita kerana Allah
  2. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan amalan sunat terutama tahajud
  3. Perlu sangaaaaaat pengorbanan daripada kita (banyakkan ziarah, tidur, makan, bermusafir sama2 mutarabbi, mesej, noted dengan apa yang berlaku pada mutarabbi kita, jaga kebajikan dia)
  4. Jaga akhlak. Hayatilah peribadi yang memikat (magnetic personality)
  5. Bersifat serius dalam usaha mentarbiyyah mutarabbi
  6. Banyakkan berdoa pada Allah, agar kita terpilih menjadi murabbiyah yang melahirkan para pendakwah hasil daripada didikan tangan kita

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk para murabbi dan mampu diamalkan. Semoga daripada tangan antum akan lahir insan yang hebat!

Wallahu'alam.

Video Palestine


SALAM,

semoga anda semua memperjuangkan isu Palestin ini secara berterusan(istiqamah) dan bukannya bermusim..
~selamat berjuang ~