Saturday, June 6, 2009

Pesanan Hassan Al-Banna buat para PEMUDA!!

"Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da'wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan dan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai."

Wahai pendokong Islam,
Berdoalah dan letaklah kita menjadi golongan yang murni fikrah Islamnya, tidak dipengaruhi dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang banyak merosakkan fikrah yang suci ini. Menjadi pendokong Islam yang sama-sama berada dalam barisan pejuang yang meletakkan Redha Allah matlamat utama dalam hidup, yang sangat merindui kemenangan Islam dan merindui tertegaknya syariat Islam dimuka bumi ini. Yakinlah!! Janji Allah itu pasti!!

Firman Allah s.w.t.:

"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah al-Imran: 126)