Sunday, February 22, 2009

PROGRAM USRAH GABUNGAN

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kepada sekalian naqibah yang cekal dan tabah, mohon dipanjangkan mesej ini kepada anak usrah yang disayangi:

Program: Usrah Gabungan
Tajuk: Fiqh Solat
Tarikh : 27 Februari 2009
Tempat: Akan dumaklumkan kemudian

P/S: Mohon dengan sangat, para naqibah take note and consult anak usrah untuk datang usrah gabungan ni.

"Sesungguhnya amanah ini bukan hak milik, tapi satu anugerah".

Wallahu'alam.

Wednesday, February 18, 2009

Bila Nak Berdakwah?

Salam....sedikit pencerahan..peringatan & muhasabah buat diri ana dan insan2 yang membaca..:-) .Moga2 resolusi selepas tamrin adalah kita lebih tegar dan tak ragu2 untuk sebarkan kebenaran ye...+ semoga kita dapat melihat kebenaran yang sebenar sentiasa..insyaAllah

ZAMAN BELAJAR
1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ
1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR
1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA
1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN
1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH
1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN
1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

ZAMAN DALAM KUBUR
1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Padan muka aku!
3. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak.Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
4. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
5. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
6. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!

p/s:-SO APA LAGI?JOM SEBARKAN KEBENARAN

~RISALAH INI KITA TANGGUNG BERSAMA~

Tamrin Pemantapan Fikrah- 14-15 Feb 09




Alhamdulillah...Tamrin yang ditunggu2 tlh pun selamat dijalani oleh akhawat KUKM hujung mggu lpas...Sedikit perkongsian di sini diharapkan dapat memberi iktibar pada akhawat sekalian...

seawal jam 8.30 pg kesemua peserta bertolak ke Impian Country Resort,Hulu Langat...sbnrnye, bila dh otw bru tau tmpt yg nk di tuju...suspen je naqibah2 ni, ckp kt "sg yg best"...tp bila dh smpai 2, mmg best pun...antara yang hadir pada hari tersebut ialah beberapa akhawat dari ukm, uniten, Uitm, Kptm dan lepasan Spm..juga tidak ketinggalan ikhwah dan naqibah2 yang mmg semangat abh...mabruk!

sesi pagi bermula dengan "ice breaking" conducted by akhi Aizuddin. semua yang hadir termasuk naqibah, tak terkecuali dlm sesi ini...next,pengisian disampaikan oleh Kak Mariam Jailani (Buku: Manusia dan Kebenaran- Muqaddimah dan bab 1- bab 2(after minum pg). menariknya dalam pengisian ini, banyak persoalan2 yang dilontarkan kepada semua peserta berkenaan "al-haq". Antaranya apakah ciri al-haq?, kenapa perlu tau kebenaran? ada lg.....cari ke tak cari? cari tapi x jmpa??, dh cari dh jmpa, lps tu nk buat ape??...byknye soalan...ye la mcm 2 la jg method penulisan dalam buku ni, penuntut, tugasnya tnya, guru tugasnya menerangkan...btl x? hmm msti pening kn dgr...ni la istimewanya...nk tau? sila la bca buku Yusuf Qrdhawi hehehe...byk manfaatnya...

well,sesi pg tu diteruskan dgn pembahagian kumpulan dan tugas masing2...setiap kumpulan diminta bentang tjuk2 yg seterusnya..."ape?" ala nk kak mariam lgi bgi..."eh mn blh, ini sudh lebih...nnt korang tdah tlnga je la pas 2 tdo...hmm"...utk puaskan hati semua, semua sekali kna bntang..hehehe adilkan...so, the rest dari bab 3 sampai 9,10,11...adlah mnjadi tgjwb peserta untk bincang dan present dlm kmpln...hmm...para daie ni kna bgi tgs byk skt bru berkesan..kn2..

Nikmatnya mkn tghari kt kantin tepi sg 2 smbil memerhati alam sekitar...bunyi deru air sg 2 rasa cm nk mndi pun ada..tp sbnrnya dlm kpala otak tgh serabut fkr nk siapkan bhn pmbentangan...hehehe...sempat ke x ni??apa2 pun, just "Bismillah" and mara berjihad lg...after solat semua peserta ready utk sesi pembentangan yg dipecahkan kpd 2 kmpln besar. kump 1-3 present kt luar dewan (berhampiran sg), kumpln 4-6 present dlm dewan je....kna taat!!...kesimpulannya, kupasan2 yg menarik tlh dibuat oleh setiap kumpln berkaitan tjuk msg2...apa yg penting semua scra jelas dpt "the point"...soalan2 jg byk dilontarkan...bgs, lg fhm tau...

Pkul 6.15 after solat, semua akhawat bergerak ke site belakang, tepi sg untk sesi riadah oleh Kak Nusaibah..."ha...sape yg nk sahut cbran air?"...majoriti angkat tgn..."yg lain ni cabaran darat la eh?"..mcm kerang busuk je sengih...ye la 2...hehehe...lps 2 kesemua akhawat yg nk sahut cbrn air td dipecahkan kpd 2 kmpulan dn diberi arahan untk masuk dlm sg..."hmm suspennya nk buat ape ni?"jeng2 jeng...rupa-rupanya nk main game "bola baling dlam air"...fuh berkobar2 smgt para akhawat semua main game 2, smpaikan ada yg pada mulanya nk bsh skt2 je kononye...tgk2 sampai lencun satu bdn..ape dh jd?....x pe, ni lah para pejuang kebenaran sebenar!!
the rest, akhawat yg kt darat main game jg tau, game "zuss tang!"...hehehe

mlmnye kul 9 lbh cm 2, akhawat ditugskan utk membuat persembahan berkaitan sahabat2 Rasulullah...hmm nmpknya semua last mntnya persediaan...x pe, x pe Rasulullah dulu pun masa trunnya wahyu, gigil jg x bersedia...tp malaikat Jibril wktu 2 bg smgt, peluk Rasulullah dan ajarkan Rasulullah membaca...so akhawat x kn cbrn ni pun x leh sahut kan..."sape ckp kami x blh sahut?" haa...lihat mcm2 aksi ade, yg jdi ckgunya ada, yg jdi kakaknya ada, yg jdi narratornya ada...mcm2 lgi la...bgsnya akhawat ni...cm ni la berani, tegas, semangat,...mcm cth2 shabat2 yg diceritkan tdi...mabruk!

Keesokannya sesi qiam jamaie dimulakan seawal jam 5 pg...lps 2 after breakfast, kesemua peserta dikumpulkn dn dibahagi kmpln lain memandangkan ada peserta yg masih x ade kmpln krn tiba pada sesi ptg...so, sesi pg ahad 2 dimulakan dgn satu games yg bernama "iman race"....wah dgr nama pun rasa mencabar, nk tercabut semua sendi dan otot...hmmm after di beri penjelasan dan tugasan oleh akhi Fadhli, kesemua kumpln mula bergerak dlm kmpuln msg2...strategi yg disusun diharapkan berkesan...setiap kmpln ditugaskan untk pergi ke checkpoint2 yg tlh diberi dan perlu menyiapkan tugasan di setiap checkpoint stlh bjmpa dgn fasi kt situ...hmm penat tp x leh mengeluh, jln dakwah kn mcm 2...penat 2 bkn halangan!..ada yg kna tgkp ikn tp x dpt2...ada pula yg kna melukis dlm mata terpejam, ada yg perlu membina bangunan, kapal terbang, lengkapkn teka silang kata, meniti titian di sg dan sebagainya...mencabar bukan? Sebenarnya iman race ni nk mendedahkan semua peserta dengan ilmu tauhid yang menjadi pegangan kita semua. buku yg digunakan ialah kitab tauhid zindani...dalam setengah hari je blh cover semua bab dlm kitab 2, menarik bkn, cpt dan berkesan..pgalaman live lg..tp bg yg x smpt abh 2, kna la cover blk..mmg byk kaitan sbnrnya tnpa kita sdar...2 la manusia cpt alpa dgn nikmat Allah beri...minta2 kita semua dilindungi selalu..amin...

Kumpulan mn yg mng???hmm...after tolak, campur, bahagi dan darab...pemenang jatuh kpd kumpln akhawat, kumln 3 rasanye (kalau ana salah minta betulkn)...sesi penutup pun diadakan dengn ucpn penutupan oleh Kak Hanim selepas kesemua peserta berkongsi pengalaman masing2 bg setiap kumpln...byk jg ya pengisian game ni..tu la lain kali main la lg...hmmm...iman race...sodap dgr...

rasa cm x mau blk pun ada jg....tp nk buat cmne...perjuangan byk lagi blm selesai kt luar sana...so pengajarannya akhawat sekalian, sama2 la kita menegakkan kebenaran, al-haq...sentiasalah merenung ciptaan Allah untuk mendekatkan diri padaNYA, hayatilah kisah2 teladan para sahabat spy kita sentiasa thabat dijalan ini...sekian dulu utk sesi kali ini....semoga beroleh manfaat...mata pun dh ngntuk, perjuangan esk sdg menunggu...Wassalam...jzkk tuk semua naqib/naqibah yg bertungkus lumus mentarbiyah kami...jgn serik ye:-)

Tuesday, February 17, 2009

RIADHAH AKHAWAT & AULAD

Assalamu'alaikum..

Buat nuqaba' KUKM yang tabah, mohon panjangkan msg ni pada anak-anak usrah yang disayangi:

Program : Riadhah akhawat & Aulad
Tarikh : 22 Feb 2008
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Tasik Chempaka, depan PKNS
Pendaftaran : Sila daftarkan pada ukhti Lizayati - 0133609934

Selamat Beriadhah.. (Salah satu drpd 10 Muwasafat Tarbiyyah - Sihat tubuh badan)

Wallahu'alam..

Wednesday, February 11, 2009

SELAMAT BERJUANG!!!

Assalamu'alaikum..

Kepada sekalian pejuang Islam yang terpilih ke program
"TAMRIN PEMANTAPAN FIKRAH", tahniah diucapkan.

Jangan lupa persiapkan diri dari segi rohani dan jasmani.
Bersedia untuk membuka seluruh minda anda!!
Yang paling penting, ikhlaskan niat kita kerana Allah.

"Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan kami,
Kau lapangkanlah dada kami,
Kau bersihkanlah hati kami,
Dalam menuntut ilmu,
Agar dengan kefahaman dan ilmu ini,
Dapat membantu kami menunaikan amanah kami,
Sebagai hamba, da'ie dan khalifah di muka bumi ini,
Bantulah kami untuk ISLAM,
Bantulah kami untuk menegakkan syariat ISLAM,
Bantulah kami untuk memenangkan ISLAM,
Hanya REDHAMU yang kami harapkan,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong".

P/S: JANGAN LUPA BACA ASSIGNMENT YANG DIBERI (PERINGATAN TUK DIRI SENDIRI)
- Manusia dan Kebenaran (Dr. Yusuf Al-Qardawi)
- Kitab Tauhid Jilid 1 (Abdul Majid Aziz Az-Zindani)
- Kisah Sahabat

Wallahu'alam..

Monday, February 9, 2009

Malam Save Gaza.

InsyaAllah, sedikit perkongsian dari meja sekreteriat program Save Gaza yang mewakili KARISMA, ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Penduduk BBB yang memberi kepercayaan dan peluang kepada KARISMA untuk turut bersama menjayakan program ini. Peluang bekerjasama dengan pelbagai badan NGO yang lain juga merupakan pengalaman yang cukup berharga.

Alhamdulillah, pada 7hb Januari yang lalu, ana dan sekumpulan akhawat berkesempatan untuk turun ke padang stadium seksyen 15 untuk bersama menjayakan program Malam Save Gaza. Program dimulai dengan solat Isya' dan solat hajat beramai-ramai di atas padang. Bau rumput yang basah cukup dan dibumbungi langit biru cukup memberi rasa khusyuk menghadap Sang Pencipta.Subhanallah..

Kemudian, majlis beralih ke program di atas pentas. Hadirin yang membanjiri stadium dihangatkan dengan sorak anti Yahudi yang diketuai oleh pengerusi majlis. Semangat terus disemarakkan dengan penyampaian pidato dari wakil Aman Palestin, PAS, UMNO dan wakil Palestin. Malam tersebut juga diwarnai dengan persembahan nasyid yang menyentuh isu2 Palestin dari kumpulan Rabbani, Muadz dan lain-lain lagi. Kutipan sumbangan sebanyak seratus ribu ringgit dari masjid dan surau sekitar BBB turut diserahkan kepada wakil dari Palestin dalam usaha membantu saudara seIslam di bumi Palestin. Alhamdulillah, melihat kepada hasil sumbangan memcerminkan sensitiviti penduduk BBB yang tinggi terhadap isu di Gaza ini..

Secara keseluruhan, program Save Gaza berjaya menyuntik semangat masyarakat yang hadir tentang isu Palestin dan isu memboikot barangan Yahudi dan Amerika. Suara masyarakat bergema malam itu melaungkan slogan yang menyatakan bantahan dan kecaman terhadap yahudi. Suara ana pun hampir hilang..huhu. Tahniah kepada pihak penganjur yang dan juga wakil Karisma yang mengetuai sorak anti yahudi di atas pentas.. Program seperti inilah yang kita mahukan. Program yang menyentak jiwa yang tertidur tentang amanah yang diberi dan akan dipersoal di akhirat nanti. Takbir!

Sunday, February 8, 2009

D.E.R.U .:: expected the unexpected::.

salam buat sahabat2 semua.semoga sihat selalu lahiriah dan batiniah....

alhamdulillah siang tadi beberapa org akhawat dari kukm bangi berpeluang mengikuti program DERU anjuran Akademi Islah Malaysia.
em.. first time dgr perkataan DERU ni ingatkan ape la bendenya kan. so bg yg belum maklum,DERU stand for Disaster Emergency Request Unit..
so pagi tadi kami bertolak dr ukm agak lewat..(hihi..makan dulu) tapi masa sampai kat tempat program, acara belum mula lagi.

banyak benda rasanya nak cerita sampai x tau mana nak mula.em.program ni diconduct oleh pakcik zairul. alhamdulilah pengisian utk bbrp hari dicompresskan dalm prgram 1 hari boleh dikatakan berjaya disampaikan kpd ahli yg hadir.
banyak cerita menarik, pengalaman berharga yang kami dapat dari program ni. there are few thing that seriously important in order to do humanitarian relief :-
  • nawaitu lillahi taala
  • accountability (taggungjawab+ komitmen)
  • preparation (ruhi wa jasadi)

dalam melakukan kerja2 misi kemanusiaan ni pelbagai aspek yg perlu kita tau d& ambil kira. like the tiltle, 'expected the unexpected'...ayat ni cam ayat keramatla jugak. menunjukkan bahawa we alwez have to get ready what ever will happen next at the site. kat tempat bencana tu.

okla, cerita psal perjalanan program bermula dgn pendaftaran. ahli yg hadir terdiri dari orang lama & org baru. kiranya adalah simbiosisnya, semoga DERU x putus kader2nya. terdapat bbrp modul dlm program ni dari segi motivasi, pengharapan dan kebertanggungjawaban.impak dan dilema dalam kerja2 kemanusiaan juga pengendalian media.

yang tadi tu pembentangan modul dr pakcik zairul. pengalaman yang bestnya masa kitorg diberi task as ahumanitarian relief ke gaza. actually misinya kena wat menara utk komunikasi. ade 3 group so kitorg diber masa masa 10 hari di gaza utk siapkan menara tu.48jam sebelum berlepas ade sesi taklimat. masa dgr beriefing pakcik zairul, rasa cam betul2 dah nk g gaza ni. bila dipanggil lg 2 jam nk berlepas ade peserta yg cakap surat wasiat tak buat lagi...huhu, terasa cam nyawa tu akan berada di hujung tanduk bila akn melangkah ke gaza.pakcik zairul pun ade cakap, once dah sarung vest DERU or other humanitarian mission, x boleh patah balik. so b4 berlepas we have to discuss n brainstorming what we will do there( Gaza).lagi 2 jam nk berlepas semua dah berkobar2 nak bantu org , nk berihad ni tup tup flight delay. 3 jam!this is the unexpected that can be expected. so, masa yg ade utk buat menara dah berkurang..dipendekkan cerita within 10 days at gaza, b4 masuk wilayah kena sekat,ade serangan bom, temuramah dari media yg nk maklumat itu ini.(ade je yg terbocor maklumat..huhu),macam2 lagilah. kerja2 membina menara pun byk kali tertangguh. selepas 10 hari tugasan selesai, 3 menara berjaya didirikan di gaza..dan ketiga2 team ni pun pulanglah ke tanah air.

so menara yg dibina mestila ade qualificationnya kan. menara mestilah tinggi, stabil dan ade nilai aestetik..team 3 menang cz menara diorg tinggi & stabil berbanding menara dua kumpulan lagi.

keseluruhannya boleh dikatakan misi kemanusiaan memerlukan tarbiyah dalam diri, tawakal yang tinggi terhadap Allah, preparation mental+fizikal+spiritual.go there, touch & stay not touch & go. no disaster tourism (datang tgkap gambar mcm melancong, tp x buat kerja kemanusiaan)..selain tu diri sendiri kena kuatla utk pergi ke sana. kalau kita x kuat, inikan mangsa2 yg sememang lemah emosi & fizikal mereka.

setakat ni itu je kot yg terlintas utk ditulis.

pesanan khali al-walid:-

'tanamkanlah rasa ikhlas di hatimu supaya jihadmu pada hari ini dilakukan kerana Allah. hdapkanlah hati2 mu kpd Allah ketika kamu beramal pd hari ini. tidak sepatutnya kita sombong dan melampaui batas pd hari ini. ingatlah apa yg beraku pada hari ini akan menentukan sejarah pd hari esok. jika kamu terpaksa bertindak dgn 1 tindakan yg belum lagi dikeluarkan tentangnya, bertindaklah dgn cara yg kamu yakin akan dipersetujui oleh pimpinanmu'

kesimpulan yg terakhir...joinla kalau ade next DERU punya program latihan.hihi =)

dan join humanitarian relief mission.

.::MiSSioN AcCoMPLiSheD::.

Saturday, February 7, 2009

NANTIKAN KEMUNCULAN KEM GENERASI RABBANI PADA MEI 2009!!!

Kem Generasi Rabbani???
Apa ni??

Ana terpanggil untuk menulis artikel ni, untuk akhawat sama-sama faham, kenapa kita anjurkan Kem Generasi Rabbani dan kenapa program ini perlu diambil perhatian yang serius.

Dalam proses pentarbiyyahan ada dua perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu wasa'il dan unsur yang terdapat dalam tarbiyyah.

Wasa'il tarbiyyah terdiri daripada :
a) Usrah (Halaqah) - Ukhuwwah dan Roh
b) Daurah - Fikrah, Roh, dan Jasad
c) Katibah- Fikrah, Roh dan Jasad
c) Rehlah- Fikrah, Roh dan Jasad
d) Mukhayyam - Fikrah dan Jasadi

Unsur Tarbiyyah:
a) Murabbi (pendidik)
b)Mad'u (mutarabbi)
c) Manhaj (Sistem)

Kem Generasi Rabbani merupakan aktiviti mukhayyam yang dirancang sebagai memenuhi wasa'il tarbiyyah dalam proses pentarbiyyahan itu sendiri. Dalam mukhayyam, akan melibatkan fikrah dan jasadi. Jadi modul KGR itu sendiri perlulah disusuli dengan modul yang melibatkan fikrah dan jasadi. Dimana isnya menjadi medan untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari dan diperolehi di dalam usrah, daurah dan katibah untuk dijelmakan dalam bentuk amal.

Setakat ini dahulu..nantikan cerita KGR selanjutnya..
Wallahu'alam..