Thursday, April 16, 2009

PERKONGSIAN PROGRAM 2 "LE TOUR DE FAMILY"

Assalamualaikum wbt..

program "Le Tour De Family" yang telah pun dipanjangkan masanya Alhamdulilah telah berjaya kami lakukan sebanyak dua kali..Sebenarnya usrah yg kami lakukam pun pelik2 sbb tak mcm usrah biasa.. hehehe.. ada usrah yg kami buat di tempat biasa tuu, ada yg kami buat di bilik salah seorang adik2 kami, ada yg kat stadium lepas joging, ada lak kat cafe FST sambil makan lunch.. boleh tak kalau nak kata semua tu "Le Tour De Family".. hehehee..

agak susah untuk kumpulkan kesemua adik2 dalam satu masa disebabkan kesibukan kami, dan adik2 jugak.. sbb tu yg usrah merata-rata tuu..cuma sedikit perkongsian yg boleh dicoretkan disini sbg laporan kepada TPSM (p/s: nnt Aifa marah.. kui kui..)

pertamanya kami buat semasa menyambut hari lahir adik kami.. sekadar yang kami mampu ialah membelikan kek coklat.. itu je laa.. hehehe.. dan tema usrah pada hari tersebut ialah ukhuwah..bagaimana memilih sahabat yang baik..

kami tanyakan pada adik2 ape nak buat kalau sayangkan kawan2..?? mesti kita nak sama2 jadi baik dan sama2 dpt masuk syurga kan?? dan kami tanya kan pula agak2 kenapa kami susah2 nak berusrah dgn adik2..?? kami dapat duit ke?? kami dpt nama ke?? tentula sbb kami sayangkan adik2 kami.. kerana sayang itu maka kami lakukan tanpa minta ape2 balasan kecuali dari Allah.. maka kami juga harapkan adik2 kami untuk lakukan kerana Allah dan ajak kawan2 yg lain bersama melakukan kebaikan kerana kasih kepada mereka.. HEBATNYA KASIH KERANA ALLAH..

selepas memotong kek, kami dera birthday girl untuk menyuapkan kek kepada semua org dgn potongan kek yg sama.. dan dgn potngan kek yg sama jugak semua org suap kan kat birthday girl.. amacam?? Ada ukhuwah tak...?? hehhee.. Full report [klik sini]

seterusnya untuk kali keduanya kami lakukan di stadium.. biasala aktivitinya ialah joging di pagi hari.. kami lakukan pada hari selasa lepas.. memang letih sbb jarang sangat buat.. dan usrah ini adalah usrah terakhir untuk semester ini.. sedihnya.. 

adik2 tanya dgn nada risau, "lepas ni kami nak usrah dgn sape??" 

akk dia jwb dgn nada cuak jugak "nnt ada akak yg lebih baik akan gantikan kakak2 yg nak grad ni..jgn bimbang.. keluarga korang akan bertambah.."

Adik2 minta kakak untuk datang ke sini melawat mereka.. dan kakak pula berharap jauh di sudut hati untuk kembali lagi melawat adik2.. Allah jua sebaik-baik perancang..

mula2 salah seorang lead warming up..hehehe.. org kat stadium tu jeling2 jugak budak2 pompuan beria wat warming up..mcm la teror sgt bersukan.. heheehe.. suka hati kitorang la kan..?? lepas tu mula la sesi amek feel padang dulu.. hehehe..oleh kerana dua daripada adik2 ni PALAPES a.k.a ROTU, kompem la kakak dorang ni tertinggal.. dorang steady je joging 2 pusingan stadium.. sori la dik.. heheehe.. akak korang ni buat 5 pusingan, tp jalan je la.. xdenye nak joging giler.. hehehehe.. 

usrah pada kali ni temanya ialah, menghabiskan modul persediaan untuk melayakkan mereka naik ke modul seterusnya..walaupun modul ni dah di 'cover' dalam bengkel, kami buat sekali lagi untuk lebih clear.. jadi masa ni adik2 kena bentangkan.. oleh kerana kakak dorang ni KEJAM, asik2 sume kena tanya soalan (p/s: mak usrah kpd kakak dorang ni lagi kejam.. kui kui kui..) bila mereka bentangkan je, kakak dorang akan tanya soalan dan minta mereka fikir luar dari buku.. xnak dengar ape buku kata pasal ape buku kata akak boleh baca, tp akak tak cukup kuat nak baca ape adik kata.. jadi adik2 kena la bagitau akak ape adik nak kata..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana mengatur kesemuanya dengan baik.. Setelah satu semester berusrah bersama adik2, kami harapkan adik2 tsabbat di jalan ini dan meneruskan ape yg kami pernah lakukan di sini.. dan telah langsailah hutang kami pada program "Le Tour De Family" sekaligus tamatlah usrah adik-adik untuk semester ini.. Kami juga insyaAllah akan menamatkan pengajian tak lama lagi.. Sekalung kemaafan buat adik2 kalau2 ada tersilap kata dan terkasar bahasa.. 

..:: jalan ini ada permulaannya tapi tak pernah ada pengakhiran ::..

posted by: Liza&Kak Susee..

Tuesday, April 14, 2009

BINGKISAN HATI SEORANG 'KAKAK'

Wahai adik-adikku…..

Assalamualaikum

Wahai adik-adikku yang tabah jiwanya….

Bulan dan tahun silih berganti
Kini adikku semakin dewasa
Ada yang akan meninggal alam universiti
Segulung ijazah tanda berjaya
Sudah tergambar senyuman bangga
Ibu, ayah dan seluruh keluarga

Tiba-tiba pelbagai soalan mendatangi diri
Selepas ini nak ke mana? Nak buat apa?
Sekiranya kabur disaat itu
Tafakkur sebentar tanyalah hati
Mungkin soalan-soalan ini adalah lorongnya
Siapakah aku sebenarnya?
Kenapa aku dilahirkan di dunia?
Kemana aku akan pergi selepas aku mati nanti?

Masih keliru? Sudikanlah bertanya
Pada yang lebih tahu akan adanya
Tentang memilih jalan hidup kita
Supaya hidup lebih bermakna
Dinaungi Allah oleh redhaNya
Dimuliakan manusia atas budinya


Adik-adikku yang dikasihi......

Sungguh dunia ini memang mencabar
Bagi yang Adam apatah lagi bagi yang Hawa
Namun, lihat siapakah disekeliling kita
Siapakah mereka?
Yang berduka semasa tangisnya kita
Yang tersenyum semasa kita gembira
Yang berdoa semasa susahnya kita
Yang bersyukur semasa kita mendapat laba
Siapakah mereka wahai adik-adikku?

Tepuklah dada tanyalah selera
Selera ukhuwah yang kita bina
Dibina atas dasar apa?
Bukan atas dasar manusia tapi Allah jua lah tujuaanya

Wahai adik-adikku yang berbudi......

Tidakkah kita merasa bertuah
Disaat dunia semakin gundah
Di saat manusia semakin berpecah
Kita dihadiahkan Allah dengan penjaga
Menegur kita bila terlupa
Memaafkan kita bila tersalah
Membantu kita bila tersungkur
Siapakah mereka ini?
Pernahkan kita kisah siapakah mereka...
Pernahkah rasa terhutang budi pada mereka
Walaupun mereka tidak pernah meminta balasnya

Di dalam doa rabitah
Kita merintih kita meminta
Ya Allah persatukan hati-hati kami
Hati-hati mana? Hati-hati siapa?
Pernahkah kita tertanya...
Adakah sekadar ikatan hati sesama manusia biasa
Atau...ikatan hati dengan jamaahnya

Wahai adikku bakal pengembara.....

Betapa dakwah memerlukan kita
Seiring betapa kita memerlukan dakwah
Namun persoalannya siapakah yang perlu mengejar siapa?

Pernahkah kita terfikir
Apakah hikmah disebalik takdir
Rencana Allah atas AgamaNya
Menang dan kalah pada tangan manusia jua
BatuanNya menyusul selepas jenuh berusaha

Wahai adik-adikku daie illallah....

Jangan dipersoalkan mana rijalnya dakwah ini
Pergi ke depan cermin dan lihat itulah orangnya
Jangan sekali-kali dibina tembok penghalang di depan diri
Atas alasan tidak sempurna
Teruskan langkah redah semua
Sesungguhnya Allah bersama kita

Bukan masa untuk menunding jari
Salah siapa, anta ke anti?
Kerja yang ada bertimpa-timpa
Masa yang ada sedikit cuma
Ummah menjerit meronta-ronta
Dihimpit bala ciptaan manusia
Mereka menanti golongan pembela

Siapa lagi kalau bukan kita...
Siapa lagi kalau bukan kita...
Siapa lagi kalau bukan kita...

Bila lagi kalau bukan sekarang masanya....
Bila lagi kalau bukan sekarang masanya....
Bila lagi kalau bukan sekarang masanya....

Wallahua’lam

Nukilan dari hati ke hati

Ayamor
Penghulu segala hari (13.36 pm)

Monday, April 6, 2009

MENCARI KUNCI RAHSIA KECEMERLANGAN??

Assalamu'alaikum...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Adakah selama ini anda tercari-cari kunci untuk membuka pintu kejayaan dan kecemerlangan??
Dah jumpa??

Inilah peluang yang dinanti-nanti, kami menyediakan peta dan jalan untuk anda mencari kunci kejayaan dan kecemerlangan yang anda car-cari selama ini!!!

Dengan segala hormatnya, seluruh warga UKM Bangi, serta warga sekitar DHL dijemput hadir ke program seminar mencari kunci kecemerlangan. Dua program akan dijalankan sebagaimana berikut:

TARIKH: 11 April 2009
Masa: 9.00 pm - 11.00 pm
Tajuk: Tafsir surah al-'asr
Penyampai; Ustaz Zainal Abidin


TARIKH: 12 April 2009
Masa : 8.30 pm - 1.00 pm
Tajuk Seminar:
"Menyelusuri Sejarah Kegemilangan Islam Dalam Menjejaki Kunci Kecemerlangan"
Sasaran: Semua warga UKM dan DHL
Penyampai: Dr. Hanim Salleh

Anda dialu-alukan menjemput sahabat-sahabat yang bercita-cita untuk menjumpai kunci tersebut..


JOM SERTAI KAMI!!
YA, INILAH PELUANGNYA, JIKA ANDA INGIN CEMERLANG!!!
KERANA CEMERLANG BUKANLAH PILIHAN, TAPI SATU KEMESTIAN!!

Firman Allah SWT:
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq."
(al-Imran:110)

Wednesday, April 1, 2009

Daurah - Fiqh Solat

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa daurah ke-2, akan diadakan pada hari jumaat ini, 3/04/09, 12.30-2.30 PTG. Jom datang ramai-ramai kita telusuri persoalan tentang fiqh solat yang akan disampaikan oleh seorang penceramah jemputan. semoga dengan sedikit masa yang diluangkan akan memberi manfaat yang berguna kepada kita semua.
p/s : please respon kehadiran pd naqibah msg2:-)

Pesan Imam al-Ghazali :
Tuntutlah ilmu yg bermanfaat, bukan ilmu yg sia-sia.
ilmu yang bermnfaat- ilmu yang menambah takut kepada Allah, menambah penglihatan terhadap aib diri dan menambah makrifat dalam beribadat kepada Tuhan, dan menyedikitkan kegemaran terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaran terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hati untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalan sehingga dapat menjauhinya.