bermula pada tahun 1924..tanah suci PALESTIN telah dicemari dengan campur tangan PBB yg didalangi british yang membenarkan orang yahudi memasuki/berpindah/migrat ke tanah suci ini secara 'halal' dan dibenarkan oleh perlembangaan kerana kasihan melihat keadaan orang yahudi yang menjadi mangsa perang Hitler. http://www.freewebs.com/roq06/
KENAPA 21 OGOS?
cuba kita selami dejarah semula, pada 21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga
Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.
Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “
Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.