Tuesday, April 13, 2010

WARKAH BUAT SAUDARAKU BUAT PENGUBAT HATI YANG BERKARAT...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wahai saudaraku,
Selaku insan yang mendokong perjuangan Islam,
Selaku insan yang meletakkan diri di atas jalan menegakkan kebenaran,
Selaku insan yang menggelar diri sebagai seorang murabbiyah,
Selaku insan yang sentiasa melalui jejak kehidupan Rasulullah saw,
Ku yakin diri kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian kehidupan.
Jalan yang terbentang dihadapan kita adalah jalan2 berduri yang penuh rintangan, kesusahan dan cubaan...
Dengan kita merelakan diri kita berada di jalan ini, bermakna kita merelakan diri kita berkorban apa sahaja demi memastikan hak Allah dimuka bumi ini ditegakkan.

Wahai saudaraku,
Dengan realiti yang tebentang luas inilah tidak mustahil akan ada diantara kita yang akan futur (na'uzubillah..). Namun inilah hakikat yang sering berlaku dikalangan pendokong dakwah yang pada mulanya hebat, namun apabila diuji dengan pelbagai ujian mereka menjadi antara golongan yang tercicir ditengah-tengah medan jihad ini.
Mereka diuji dengan pelbagai kesibukan dunia,
Mereka diuji dengan kekecewaan,
Mereka diuji dengan kemalasan dalam diri,
Mereka diuji dengan kepenatan yang melemahkan diri,
Mereka diuji dengan pelbagai alasan untuk meninggalkan jalan ini...

Wahai saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana kita telah melalui suatu sistem pentarbiyyahan yang seharusnya mampu mendidik diri kita untuk terus thabat diatas jalan ini.

Wahai saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini terlalu menyayangi ikatan ukhuwwah yang kita bina sepanjang jalan ini.

Wahai saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini masih memerlukan sokongan dan dokongan daripadamu untuk terus berada dan menyumbang untuk mencapai matlamat yang kita sama-sama bina sepanjang jalan ini.

Wahai saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini terlalu rindu untuk berjumpa kembali di syurga nanti.

Wahai saudaraku,
Janganlah sesekali engkau menyalahkan sesiapa jika kamu termasuk antara golongan yang futur,
Bukan kegagalan sistem tarbiyyah kita yang membuatkan dirimu terkeluar daripada jalan ini,
Namun cerminlah dirimu,
Adakah engkau benar-benar ikhlas dalam perjuanganmu selama ini?
Adakah engkau benar bersungguh-sungguh mencari ilmu tanpa mengharapkan sepenuhnya pada murabbimu?
Adakah benar engkau telah membersihkan hatimu terlebih dahulu sebelum bekerja?
Adakah engkau telah meletakkan Redha Allah sebagai matlamat tertinggi dalam setiap gerak kerja dan perkara yang engkau laksanakan?

Wahai saudaraku,
Muhasabahlah semula,...
Muhasabah sedalam-dalamnya,
Jika ada ciri-ciri yang boleh membuatkanmu futur,
Bersegeralah kembali, agar engkau tidak termasuk dikalangan itu,
Letak dan ikatlah dirimu bersama mereka yang ikhlas,
Agar engkau tidak terlepas ikatan dari pejuang yang sebenar...pejuang yang meletakkan Allah sebagai matlamat hidupnya.

Wahai saudaraku,
Diharapkan dengan bingkisan ini
Dapat mengikis kekaratan yang menyelubungi hati,
Dapat mempertajam senjata yang telah lama tumpul,
Dapat memperkuatkan penglihatan yang telah lama dikaburi dengan silauan keduniaan kepada sinar nur Ilahi,
Dapat mengalirkan semula muara kecintaan kepada Ilahi di dalam lubuk hati.
Dan segala anasir inilah yang sangat diperlukan untuk mendidik hati kita menyerahkan jiwa sepenuhnya untuk kepentingan dan seruan dakwah.

Inilah bekalan kepada penyandang barisan pejuang dan pimpinan Islam,
Mempunyai sekeping hati yang indah berkilauan, kerana CAHAYA keimanan yang terpancar daripadanya...

Saturday, April 10, 2010

Aqsa Syarif

salam,

dengan ini diumumkan satu lagi NGO (badan bukan kerajaan) yang ditubuhkan atas dasar untuk membantu rakyat Palestin.

Amat digalakkan untuk ahli karisma membaca mengenai ini di www.aqsasyarif.com

pada 10 April 2010(sabtu) bertempat di uia gombak telah diadakan satu Konvensyen Aqsa Syarif dimana 2 wakil k.ukm(akhawat) telah hadir..

berikut dikongsi mutiara yang dapat diambil;-

1) yahudi tak sama dengan bani Israel

2)kedudukan Baitul Maqdis(Palestin) di tengah-tengah antara benua timur dan barat dan didalam Al-Quran surah Al-Isra' (surah yang bercakap mengenai Palestin) ialah surah yang ke 17 pada juzuk yang ke -15 (iaitu pertengahan juzuk Al-Quran )

3) Tanah yang diberkati Palestin bukan hak milik yahudi seperti yang mereka canang-canangkan

4) Hitler x bunuh sampai 6 juta yahudi kerana bilangan yahudi di Jerman tak sampai pun 60 000.. ini adalah propaganda media yg dibuat untuk meraih simpati masyarakat dunia

5) kuil yahudi yang dikatakan dibina Masjidil Aqsa diatasnya adalah tidak benar kerana arkeology dan sarjana yahudi menjumpai serpihan binaan 500m dari Masjidil Aqsa..dan salah satu benda yang mesti ada dalam kuil itu ialah aliran air sungai utk upacara mereka namun tiada sungai di Masjidil Aqsa

dan byk lagi

insyaALAH k.intel akan berkongsi maklumat dengan antunna semua sikit demi sedikit..

yang penting kita selalu mendoakan saudara kita di Palestin

wallahualam

Wednesday, April 7, 2010

renungan bersama -> tarbiyyah


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

-hamba Allah yang faqir-