Tuesday, January 25, 2011

Solat Guna Hati, Bukan Otak..



Tajuk entry kali ini adalah petikan kata2 daripada seorang pengkaji tentang solat dan kelebihannya..kata-kata yang membuat hati ini terketuk setelah sekian lama lalai di dalam solatnya..sukar untuk mendapatkan khusyuk kerana bisikan-bisikan di minda sering menyerang..

Kenapa tidak perlu guna otak?..sebab sebelum ini ku cuba pelbagai cara..salah satunya adalah membayangkan diri sedang berada di neraka dan berdoa bersungguh2 ingin keluar daripadanya..tapi ianya tak bertahan lama..kerana bayangan minda itu sering diganggu oleh pemikiran2 terhadap perkara2 lain..namun, jawapan yang diterima olehku daripada Ustaz Pak Abu Sangkan dalam program 'Solat Is Best' di Masjid Kanchong Darat, Banting amat memuaskan hati...


Otak manusia merupakan suatu organ yang mudah teruja dengan perkara2 baru...tapi kelemahannya adalah cepat bosan dan jemu jika sesuatu itu dilakukan berulang kali..sebab itu ramai yang melakukan solat sekadar 'melepaskan batuk di tangga'..kerana solatnya hanya menggunakan OTAK dan bukannya HATI..

Hati merupakan kurniaan Tuhan yang berharga buat manusia..ia tidak mudah jemu..ibarat seekor ibu helang yang tidak jemu melayan kerenah anaknya..terbang beribu batu untuk mencari sesuap makanan untuk anak-anaknya..kerana dia menjaga dengan menggunakan HATI bukannya OTAK..hati yang dikurniakan rasa kasih dan sayang yang berlawanan dengan logik dan jemu..


Ia juga raja bagi tubuh manusia..'raja' yang berkuasa menggerakkan 'rakyat'2nya..andai ia 'raja' yang taat dan patuh pada Allah dan RasulNya, nescaya ia akan membawa 'rakyatnya' kepada kebaikan..begitu juga sebaliknya..bertepatan dengan maksud hadis Nabi yang membawa makna hati yang baik akan membawa kebaikan pada seluruh anggotanya..

Begitu juga dalam SOLAT..jika HATI itu hadir di dalam solat, insya-Allah seluruh anggotanya akan turut sama..matikan fungsi otak yang merupakan seorang 'rakyat' yang mudah jemu dan 'nakal' kerana sering ligat berfikir tentang perkara2 di luar solat..

Hadirkan hatimu dan tundukkan jiwamu di hadapan Sang Pencipta Yang Maha Esa..hayati segala ucapanmu di dalam solat seolah-olah dirimu sedang berdialog denganNYa..ingatlah bahawa Dia sedang mendengar ucapan2mu itu..usah sekali-kali kita menjadi seperti burung kakak tua yang bijak berkata2 tapi tidak memahami apa yang diperkatakannya..ibarat 'tin kosong yang bunyinya kuat tapi tiada isi'.. usah sia-siakan solat kita..


oleh itu, ayuh kita solat menngunakan HATI dan bukannya OTAK..


sumber

http://aimansahrom.blogspot.com/

Sunday, January 23, 2011

Ancaman iman?


teguhkan iman, tingkatkan amal
sumber: Strong by =S-t-r-a-n-g-e



Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi Allah. Limpah rahmat dan nikmat Islam yang tidak terhingga nilainya. Sama-samalah kita menghargai nikmat iman yang masih tersemat di dada kita. Iman yang kita yakini perlu disuburkan dari hari ke hari kerana ia tidak terkecuali dari pasang surutnya. Kita hamba yang tidak yang sering diuji dan ujian keimanan mungkin kadang kala tidak kita sedari. Syaitan laknatullah telah berjanji akan terus menerus menghalang manusia dari jalan yang lurus, seperti mana Firman Allah dalam Surah Al-A'raf (7:16-17):


16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;

17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".


Kali ini saya ingin berkongsi tentang gerakan Islam liberal yang berleluasa tanpa kita sedar. Di negara jiran, Indonesia gerakan ini dilakukan dalam skala yang besar. Pemimpin gerakan ini mendapat ruang dan peluang untuk terus menyebarkan fahaman ini dalam pelbagai bentuk media massa. Sebelum melangkah jauh, saya ingin memberi sedikit penerangan tentang gerakan ini. Isi kandungannya saya petik dari "Kertas kerja gerakan Islam liberal di Indonesia dan kaitannya dengan ESQ" hasil kajian Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Isi penuh boleh didapati di sini.

Fatwa dari Majlis Ulama Indonesia telah menyenaraikan tiga gerakan yang menyeleweng aqidah umat Islam iaitu; Pluralisme, sekularime dan liberalisme.

Pluralisme ialah fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan percaya bahawa kebenaran semua agama adalah relatif. Antara peneyelewengan yang dilakukan ialah membenarkan perkahwinan antara pasangan Muslim dengan bukan Muslim.

Sekularisme melibatkan pemisahan antara urusan duniawi dengan agama. Agama hanya diterhadkan pada urusan ibadah dan hanya dijalankan pada upacara tertentu. Pada masa yang sama hubungan dan hal duniawi terletak pada kesepakatan sosial. Banyak sebenarnya contoh fahaman ini berlaku di negara kita. Jelas kita melihat agama hanya diambil bila perlu dan ditinggalkan tatkala ia dianggap renyah dan payah. Akad nikah semasa kahwin dianggap penting dan perlu mengikut syariat sedang pelaksanaan walimah tidak pula mengikut tuntutan agama. Jelas kita melihat pelaksanaan undang-undang Islam yang hanya dibuat pada aspek undang-undang keluarga Islam, nikah dan rujuk serta semasa pembahagian faraid. Di mana bakinya? bagaimana pengurusan kewangan dan pentadbiran? Sama-samalah kita menilai. Di mana letak hukum Islam dalam urusan harian kita.

Liberalisme pula melibatkan pemahaman nas-nas agama (Al-Quran dan As-Sunah) menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya diterima apabila mencapai logik akal. Hakikatnya akal manusia itu terbatas. Ada perkara terutamanya yang melibatkan perkara ghaib perlu diimani tanpa perlu dipersoal apatah lagi ditolak.

Banyak sungguh penyelewengan yang dilakukan hingga sampai ke tahap menghina sifat maksum Nabu junjungan Muhammad SAW, MasyaAllah. Menyamakan sifat Nabi yang terhindar dari dosa dengan manusia biasa yang hakikatnya tidak terlepas dari melakukan kesilapan merupakan perkara yang amat bdahsyat yang dilakukan oleh gerakan ini. Bagi mereka yang kurang pegangan asas agama pasti mudah terpengaruh dengan fahaman ini.

Sahabat-sahabatku,

Suka untuk sanya mengingatkan diri agar kita sama-sama peka dan meneliti tahap iman kita. Di luar sama banyak gerakan yang mampu menggugat malahan meragut keimanan kita kepada Allah. Jangan biar diri terpengaruh dan dihanyutkan dengan fahaman ini. Ingat, ianya ibarat sembilu yang mungkin tidak disedari namun jika tidak dibuang mampu mencederakan. Buka mata, buka hati dan minda, lihat sekitar kita dan muhasabahlah. Ancaman iman ini satu ujian, moga kita terus dibimbing-Nya dan berada dalam arus jalan yang lurus. Amiin.

Wallahua'alam

tenang pagi

sumber dari blog
http://al-munzirin.blogspot.com/2010/07/ancaman-iman.html

Tuesday, January 11, 2011

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut


Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian ? mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?
Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.
SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)


Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.


Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."


Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."


Hebatkan si kecil bernama semut?
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.


Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.
Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.