Sunday, February 20, 2011

KARISMA Menyeru Mahasiswa/i Turun Mengundi

KARISMA UKM Bangi menyeru

seluruh MAHASISWA MAHASISWI

untuk TURUN MENGUNDI

pada ESOK hari, 21 Feb 2011

PILIHAN DI TANGAN ANDA!!

Laksanakan amanah anda dengan hanya turun mengundi kerana

SATU UNDI BEGITU BERHARGA!

SELAMAT MENGUNDI ^_^

undilah dengan BIJAK~

Sunday, February 13, 2011

Pilihan Raya Kampus Bakal Menggegar


Suasana hangat pemilihan kepemimpinan gerakan mahasiswa dalam memacu kepemimpinan baru di setiap kampus universiti awam akan kembali panas yang kian hampir waktunya. Pastinya semua mata akan tertumpu kepada situasi politik kampus dimana pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau dikenali juga sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) apabila pemilihan ini dijangka berlaku pada bulan ini. Ada juga suara-suara yang mengatakan keputusan pilihanraya kampus juga akan menjadi penunjuk aras setara Pilihan Raya Umum Negara.

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) selaku gerakan mahasiswa yang turut memainkan peranan dalam keterlibatan dalam pilihanraya kampus ini berpendapat isu politik kepartian dan perkaitan dengan pilihanraya Negara adalah kurang wajar dikaitkan dalam Pilihanraya MPP ini. Malah KARISMA turut menggesa tiada percampuran badan politik kepartian yang mencampuri urusan politik kampus.

Mahasiswa selaku golongan intelektual mempunyai kekuatan dan daya analisa yang baik dengan ilmu serta tidak memerlukan campur tangan luar yang mungkin mempunyai kepentingan peribadi. Malah turut merencatkan daya kepemimpinan dan inovasi para mahasiswa. Budaya melabel sebagai Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa hanya menjarakkan lagi hubungan dan daya kerjasama antara mahasiswa yang semestinya mempunyai misi dan visi yang selari dengan aspirasi universiti, Negara dan agama.

KARISMA yakin bahawa keterlibatan dalam politik kampus ini wajar dmanfaatkan sebaiknya oleh mahasiswa dalam mendapatkan pengalaman yang sangat berguna yang mana persis kepada Pilihanraya Umum Negara. Pembentangan Manifesto, perang poster, perang saraf, ucapan awam, sudut pidato, peraih undi, jentera pilihanraya dan sebagainya adalah aset penting mahasiswa yang tidak akan dapat dipelajari di dalam dewan kuliah. Malah tidak semua mahasiswa yang akan dapat merasa kemanisannya.

Kita boleh melihat bagaimana keterhadapannya suara mahasiswa di Negara jiran seperti Indonesia yang responsif bukan setakan isu-isu kampus tetapi juga isu nasional dan global. Malah kebangkitan yang berlaku di Tunisia, Jordan dan Mesir sekarang ini turut dikaitkan dengan mahasiswa dan pemuda. Semangat dan rasional ini yang perlu diperhalusi oleh mahasiswa di Negara kita. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga perlu seiring membawa momentum suara mahasiswa ini.

KARISMA menggesa agar mahasiswa agar turun menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dengan penuh kesedaran dan bukannya kerana gesaan ataupun paksaan daripada pengurusan universiti. Kesedaran ini perlu wujud dalam diri mahasiswa dan prestasi ini boleh dilihat melalui peratus keluar mengundi yang akan dilaporkan kelak. Rata-rata universiti masih ada yang peratus keluar mengundinya dibawah paras 50%. Sekretariat Pilihanraya Kampus juga perlu serius dalam perancangan dan pelaksanaan pengundian dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Waktu pengundian, tempoh pengundian, lokasi dan segalanya perlu dirancang dengan baik dan membantu mahasiswa mendapatkan informasi.

Jika mahasiswa masih kurang kesedaran untuk turun mengundi di alam kampus, maka inilah antara kesan yang menjadikan mahasiswa dan belia tidak mendaftar sebagai pemilih Pilihan Raya Umum yang sekaligus melarikan diri daripada melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Negara dalam memilih pemimpin yang berwibawa. Ini cukup merugikan malah menolak suara yang ada untuk mencadangkan pembaharuan kepada Negara. Transformasi Mahasiswa Menjayakan Agenda Negara.

Ayuh turun jalankan tanggungjawab anda!

MOHD IQBAL HAKIM BIN MOHD ADNAN

JK PENERANGAN

KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)

Sumber Berita : HarakahDaily

Sumber link : http://siswaislah.org/


KARISMA Gesa Henti Sambutan 'Valentine Day'



14 Februari menjadi tarikh keramat buat pemuda-pemudi tidak kurang juga yang sudah bergelar suami mahupun isteri untuk meraikan dek publisiti dan promosi yang menguntumkan kemanisan. Fakta meunjukkah salah satu kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahanan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankan dengan menyambutnya kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika begitu, lagi parah jika mahasiswa yang merupakan golongan intelektual turut terjebak dalam kehinaan ini.

Sehubungan dengan itu, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) selaku badan mahasiswa yang sentiasa menggerakkan isu-isu kemahasiswaan ingin mengajak seluruh mahasiswa/i ,para pemuda-pemudi dan umat Islam sekalian untuk tidak membudayakan sambutan Valentine Day ini. Mahasiswa sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan bahkan perlu turun padang memberikan penerangan kepada masyarakat tentang fakta-fakta yang sebenar.

Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka (Al-Baqarah : 120) membuktikan serangan dan doktrin ini akan berterusan. Malah racun-racun hedonisme sudah berjaya menembusi. umat ini dan akibatnya turut menyebabkan kepada gejala sosial, percampuran lelaki perempuan, zina, pembuangan bayi dan lain-lainnya.. anggal 14 Februari dicanang sehingga dijadikan kemestian untuk disambut dan diraikan menjerumuskan anak-anak muda ke jurang kebinasaan.

Seperti yang semua sedia maklum, antara sejarah lain menyebut sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine setiap 14hb Februari sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau sebagai seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi agama kristian. Walau apapun sejarahnya, tetap tiada kepentingan dan bukan ciri-ciri orang beriman mencontohi budaya negatif orang musyrik.

Malah dengan kehadiran Hari maulidurrasul yang disambut di Negara kita adalah jauh lebih bagus kita bersama-sama menghayati pengorbanan junjungan besar Rasulullah S.A.W serta para sahabat dalam mengubah ketamadunan dunia yang memberikan kemanisan sehingga ke detik ini. Malah keimanan kepada Nabi ini merupakan antara teras sebagai Muslim.

KARISMA juga mengambil inisiatif kesedaran dengan mengadakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), pengedaran risalah, task force, perkhemahan dan sebagainya sebagai alternatif aktiviti bermanfaat kepada mahasiswa dan remaja pada tarikh-tarikh sebegini. Malah KARISMA juga bersedia untuk membantu dan keterhadapan bersama mana-mana pihak sama ada Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan IIKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) dan lain-lain dalam menganjurkan program-program kesedaran Islamik dan bercorak motivasi.

Maka marilah sama-sama kita buang istilah valentine ini daripada memori setiap daripada kita dan kita lebihkan penghayatan kepada perjuangan dan misi agung menegakkan Islam yang diwariskan oleh Insan agung Muhammad bin Abdullah S.A.W, Nabi dan Rasul yang terakhir.

JK PENERANGAN

KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA-JIM)

sumber: http://siswaislah.org/