Monday, December 14, 2009

Wanita acuan Al-Quran

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
YangBersifat Jembalang


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullahYang
Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT

Thursday, December 3, 2009

Palestin


Persoalan Palestin

www.iLuvislam.com <link>
ditulis oleh : abu ridhwan
editor : almusafirq8

Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestin sehingga Palestin kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi. Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah, tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: "Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku", kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon gharqad.

Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin'' (bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran? Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya:

"Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka."

Nah, itulah ketegasan al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang orang Islam membaca ayat-ayat yang menyentuh kaum Yahudi. Merekalah sebenarnya pelopor keamanan yang palsu. Suatu ketika dahulu mereka telah menjual Palestin melalui Perjanjian Kem David.

Dimanakah wira yang pernah mengangkat ranting zaitun dan melaungkan perjuangan bersenjata menentang ancaman Zionis? Dimanakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra' dan Mi'raj daripada tangan Yahudi? Dimanakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan qiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis?

Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Sabra dan Shatela serta al-Karamah dan kini di Gaza mereka membunuh dengan terang-terangan.Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran? Kiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat masakan umat Islam yang ikhlas dengan perjuangannya boleh melupakannya. Sama sekali tidak.

Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin diikuti rancangan menakluki Palestin. Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore.

Bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya sebulat suara mengangkat jari dan bertanya: Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak'. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuan.

Kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa mereka. Di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah umat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi manakala Troman dan Roosevelt pula meneruskan tugas Inggeris dalam menerajui konspirasi Zionis antara bangsa ke atas umat Islam. Bantuan datang mencurah-curah kepada Yahudi manakala hak bangsa Palestin di bumi sendiri diabai dan dibelakangkan. Selepas itu penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin dibuka dengan seluas-luasnya, kumpulan demi kumpulan. Program yang penuh perencanaan itu menyusul satu demi satu dengan kemas dan terjamin.

Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra' dan Mi'raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu.

Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia. Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin.

Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya Palestin, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas Kerajaan
Yahudi itu.

Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.

Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: "Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini."

Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestin, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.

Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka?

"Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik." (Al-Madiah: 82)

Apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain?

"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu."

sumber artikel : haluanpalestin


Wednesday, December 2, 2009

Kahwin vs Couple




Berdasarkan kpd kajian , lebih 90% pelajar sekolah menengah atas mempunyai pasangan ataupun dikatakan sebagai "couple", manakala tidak kurang daripada 96% bergaul bebas tanpa batasan yg boleh dikatakan haram sama sekali..

Kahwin atau couple? itu persoalannya..


Ye! sudah tiba masanya untuk bukak minda.. Daripada anda bercouple, bermain2 SMS, berchatting2 di YM, berzina menggunakan ibu jari dan hujung jari2, adakah ini semua lebih baik daripada orang fikir kahwin? Teruk sangat kah fikir nak kahwin sejak zaman sekolah? TIDAK! kerana hampir keseluruhan pelajar bercouple.. Jadi, daripada couple yg konfem haram, lebih baik x couple, tapi dok fikir kahwin yg memang konfem tak haram, malah dapat pahala lagi.. Ini bukan soal angan2 atau keinginan hati, tapi aiternatif bagi MENGELAK DARIPADA PERKARA YG HARAM iaitu couple itu sendiri.......

Apsal kene fikir kahwin, kenape tak kahwin terus je?

Melalui perlembagaan Malaysia, seorang yg mahu berkahwin hendaklah paling kurang lelaki=18 tahun, perempuan=16 tahun.... jadi, rata2 budak sekolah konfem tak boleh punye+kalau boleh pun macam lah mak bapak kasik.. Oleh itu, cukup sekadar fikir untuk kahwin..

Selain kahwin, ade alternatif lain ke nak halang diri daripada bercouple?

Ade... sape cakap xde?

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Jadi, PUASA.. Bagaimana?

Perlu faham, kehendak puasa yg dimaksudkan dalam hadis ini.. Cuba fikir kembali, kaitan puasa dgn nafsu dlm konteks yg lain... mesti ada..

Kafarah puasa! 2 bulan berturut2 yg disyaratkan bagi mereka yg bersetubuh jimak dengan isteri pda siang hari di bulan Ramadhan bukan hanya saja Allah tetapkan 2 bulan.. puasa 2 bulan berturut2 penuh dgn tarbiyyah untuk menjinakkan nafsu yg dah terlanjur di bulan mulia.. Lalu, mahukah anda puasa 2 bulan berturut2?

Kesimpulannya?

Jangan sesekali mencemuh mereka yg berangan2 untuk kahwin sedangkan anda dlm keadaan couple kerana COUPLE itu HARAM sedangkan KAHWIN itu HALAL, malah sunat dan dapat pahala.. Daripada korang yg couple, dah lah HARAm, dapat dosa, ade hati nak ejek2 orang yg fikir kahwin.. Tak malu ke?

Jika anda bukan dlm keadaan couple pun, pandang2 lah sekeliling.. Jika orang itu belum berkemampuan dan memang jika dia tidak fikir tentang kahwin, dia boleh mengelakkan daripada bercouple, tak mengapa MARAH, kerana fikir kahwin juga ada mudharatnya.. Tapi jika tiada lain yg boleh dibuat untuk menghalangnya bercouple selain fikir kahwin, maka, apa salahnya?

Sekian..........
(diedit daripada blog cvetusan minda seorang pemuda
http://alfateh.via.my/2009/11/mak-saya-nak-kahwin.html)

Tuesday, December 1, 2009

Kenyataan Media KARISMA Mengenai Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meneliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.


Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.


25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.


KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.


Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.


Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.


Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.


Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.

*kenyataan ini telah dikeluarkan oleh presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).