Sunday, July 5, 2009

Khadijah bukan sekadar kekasih Nabi, JUGA DIGELAR USAHAWAN TERNAMA

Beliau adalah antara usahawan yang tersohor di bumi Mekah. Walaupun sibuk mencapai kemajuan dalam dunia perniagaan, beliau tidak lupa menggunakan hartanya bagi kebaikan.

Beliau selalu memberi makanan dan pakaian kepada orang miskin

membantu saudara-maranya yang menghadapi masalah kewangan

termasuk membantu mereka yang tidak memiliki kemampuan kewangan untuk berkahwin.

Khadijah adalah anak kepada usahawan kaya bernama Khuwailid bin Asad. Ibunya pula Fatimah binti Za’idah, daripada Bani Amir yang mempunyai kaitan dengan keluarga Nabi Muhammad. Ibunya meninggal dunia pada 575 Masihi dan bapanya 10 tahun kemudian. Selepas kematian bapanya, beliau mewarisi kekayaan bapanya. Sejak itu, beliau menguruskan dengan baik sehingga menjadi usahawan paling kaya di Mekah, dengan jaringan perniagaan hingga ke Syria dan Yaman.

Dalam menguruskan perniagaan, Khadijah didapati menggunakan konsep empowerment. Konsep ini bertunjangkan pemimpin organisasi (Khadijah) bagi memberikan kebenaran kepada para pekerjanya berfikir, bertindak dan mengambil keputusan secara bebas, asalkan tindakan dan keputusan itu dapat menyumbang kepada pencapaian objektif dan matlamat organisasi.

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad saw, beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali. Keduadua suaminya terkorban dalam perang. Rumah tangga beliau bersama baginda saw kekal hingga ke akhir hayat. Selain gelaran Ummul Mukminin yang diperoleh selepas kedatangan Islam, beliau sememangnya dihormati dikalangan penduduk Mekah sebagai wanita yang berperwatakan baik walaupun sebelum kedatangan Islam sehingga digelar Ameerat Quraisy (puteri Quraisy) dan al-Tahira (yang suci). Khadijah yang dipandang ‘suci’ daripada segi spiritual kerana sebelum kedatangan Islam lagi, beliau memang menolak kepercayaan kepada berhala dan tidak pernah menyembahnya.

SUMBER: Buletin Jihad Bisnes Issue 3- JK DANA KnL 2009

[klik sini utk download]

No comments: