Thursday, December 31, 2009

antara kemenangan terbaru di Palestin

Penduduk Palestin diizin guna lebuh raya Israel


PENDUDUK Palestin, Israel dan warga negara asing melarikan diri dari gas pemedih mata yang ditembak oleh pasukan tentera Yahudi di Lebuh Raya 443, dekat perkampungan Beit Horon di luar Baitulmaqdis, kelmarin. - AP

salam,
alhamdulillah setelah beberapa update terbaru yang menyedihkan kita baca dalam surat khabar, ini adalah antara berita baik, untuk dikongsi bersama..

yakinlah, ISLAM pasti akan menang dan kita jangan pernah berputus asa!

keratan akhbar dari utusan malaysia 31 dis 2009

BAITULMAQDIS 30 Dis. - Mahkamah Tinggi Israel mengarahkan tentera supaya membenarkan rakyat Palestin menggunakan sebahagian daripada lebuh raya utama di Tebing Barat, satu kemenangan terbesar Palestin menentang amalan Yahudi yang menyatakan beberapa jalan hanya untuk mereka.

Jalan 443 yang menyambungkan Baitulmaqdis dengan Tel Aviv telah ditutup pada 2002 kepada penduduk Palestin selepas kumpulan bersenjata menembak kenderaan milik Israel di lebuh raya berkenaan dan membunuh beberapa orang pemandu.

Kira-kira separuh daripada 32 kilometer lebuh raya itu merentasi seluruh Tebing Barat.

Penduduk Palestin yang tinggal di perkampungan sepanjang laluan tersebut mengemukakan petisyen supaya ia dibuka semula kepada mereka pada 2007, ekoran berkurangnya penentangan terhadap Israel.

Menurut mahkamah, tentera tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan sekatan tetap ke atas rakyat Palestin untuk menggunakan lebuh raya tersebut di Tebing Barat kerana ia akan memberi kesan ke atas rangkaian perubahan laluan tersebut yang hanya akan direka untuk penduduk Yahudi sahaja.

Penutupan jalan juga tidak menguntungkan penduduk tempatan. Menurut hakim, pertimbangan keselamatan tidak boleh diutamakan.

"Ini adalah satu kemenangan besar," kata Melanie Takefman, jurucakap Pertubuhan Hak Asasi di Israel yang menjadi wakil rakyat Palestin dalam mengemukakan petisyen sebelum perbicaraan.

Sekatan itu telah menyukarkan hidup berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin, yang terpaksa menggunakan laluan kotor ke tempat lain di Tebing Barat. Bagaimanapun masalah ini telah dikurangkan tahun lalu dengan pembukaan jalan alternatif.

Datuk Bandar perkampungan Beit Liqya berhampiran lebuh raya, Hassan Mafarjeh berkata, jalan alternatif bukan satu penyelesaiannya.

"Kami menolak prinsip untuk membina lebih banyak jalan raya di tanah kami.

"Perjalanan ke Ramallah mengambil masa sejam dengan laluan yang kotor dan 30 minit menggunakan laluan alternatif. Tetapi dengan menggunakan lebuh raya, ia hanya mengambil masa 15 minit," katanya. - AP

No comments: