
Thursday, January 21, 2010
Jom!! Sertai TEMU & SANTAI!!

Friday, January 15, 2010
Tuesday, January 12, 2010
GELOMBANG KEBANGKITAN DAKWAH KAMPUS

Assalamu'alaikum wbt
Sejarah adalah sesuatu yang dekat pada kita sama ada kita sedari atau tidak sedari. Saban hari kita akan
mengingati sejarah. Kerana setiap detik waktu yang kita lalui itu adalah sejarah dalam kehidupan kita. Begitu juga sejarah dekat dgn kita kerana setiap hari pabila kita khusyuk membaca dan menghayati makna alquran pasti akan ada kisah sejarah yg diceritakan di dalamnya. 1/3 Al quran itu sejarah. Bahkan Allah juga menukilkan pada ayat 111 surah Al Imran bahawa pada kisah-kisah terdahulu terdapat pengajaranbagi org yg berfikir.
Mengapa sejarah penting? Kerana dari sejarah kita mengambil pengiktibaran. Dari sejarah kita ambil pelajaran. Dari sejarah kita belajar untuk meniti masa hadapan dgn lebih baik dan gemilang.
Dengan sejarahlah kita tahu siapa kita, bagaimana asal usul kita..dgn sejarah kita kenal pencipta.. dari sejarah kita tahu perjuangan addeen kita. Dari sejarah kita tahu asal usul bangsa kita..dengan sejarah kita tahu bagaimana pengislaman kita.. dgn sejarah kita tahu sejarah perjuangan menegakkan Islam di bumi Allah ini.
Dengan sejarah, sahabat Rasulullah tatkala menderita diseksa diingatkan dgn peristiwa ashabul ukhdud kerana org beriman terdahulu telah digergaji kepalanya. Telah disikat dgn sikit besi tubuhnya yang terbelah dua.. dengan sejarah kita insaf bagaimana Rasulullah yg mulia telah dilempatkan batu ke mukanya yg mulai kerana menyampaikan risalah ini ke Taif..dengan sejarah kita bersyukur kerana dakwah Islamiyyah telah menyampaikan nikmat Islam dan iman kepada kita..Andai tidak maka mungkin kita masih bertuhankan sesembahan berhala.
Dengan sejarah kita tahu perjuangan pemuda..menegakkan Islah, memerangi bid'ah, mensucikan fikrah. Dengan sejarah kita tahu bagaimana pemuda bersuara lantang dlm Al Imam sekitar 1900. Para mahasiswa bersuara lantang menjadi jurucakap masyarakat memperjuangkan kemiskinan, keterpinggiran masyarakat Melayu dan desa.. 1970an sehingga suara mereka bisa mengubah tindakan penguasa...
Kenalilah sejarah kita. Ketahui sejarah perjuangan mahasiswa. Jika suatu ketika dahulu mahasiswa mampu menggesa menteri sehingga turun padang, drama awangku sayang dibatalkan tayangan, IPT2 makin bercambah kesedaran Islam..maka kini dgn apa yang kita ada pada hari ini..ketahuilah bagaimana ia bermula..mudah-mudahan jadi pengajaran dan timbul penghargaan agar kita melangkah lebih berpanduan..
Itulah secebis pengkisahanku dlm buku Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus agar aku mengerti dan berkongsi pengertian dgn rakan-rakan seperjuangan di jalan dakwah..ketika mereka masih bergelar mahasiswa..suara mereka mampu menggegar negara... semoga aku tidak sekadar mengisahkan..semoga aku juga pelaku sejarah pada hari ni sebagaimana senior-seniorku telah mencipta sejarah pada masa yang lepas.
Bagi yg telah memiliki buku ini ..selamat membaca..semoga bermakna dan memberi makna dlm kehidupan anda...
ingatlah sejarah memberi ilmu pengetahuan, sejarah membentangkan panduan dan jalan dan memberi kita pilihan dlm tindakan dgn pengajaranyg ada padanya.. usah dilupa sejarah kita kerana dgn itu kita kenal siapa diri kita..
-Ummu Anis-Friday, January 1, 2010
APA YANG ANDA BUAT PADA MALAM TAHUN BARU?
Tahun baharu Masihi: Perlu apa ia disambut?
Menjelang detik 12 tengah malam 31 Disember saban tahun, seluruh dunia gegak gempita dengan sorakan, jeritan, permainan dan pertunjukan yang rata-ratanya bernafaskan hiburan. Rakyat Malaysia juga, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Islam dan bukan Islam, semuanya tidak terkecuali. Seronok bukan kepalang! Yang lebih seronok adalah disebabkan acara-acara yang dijalankan bagaikan mendapat restu pemerintah. Berhiburlah sejak bermula malam 31 Disember hingga awal pagi 1 Januari. Jelajahilah bandar-bandar besar mahupun kecil di Malaysia ini. Melalaklah dalam kumpulan khemah unggun api di tepi pantai berpasir gebu. Berpeleseranlah di kompleks-kompleks membeli-belah dan taman-taman tasik. Bercampur gaullah lelaki dan perempuan dalam keasyikan tahun baharu bagaikan saranan-saranan agama tidak pernah diperdengarkan ke telinga.
Kita baru sahaja menyambut tahun baharu hijrah dua minggu lalu. Ya, tidak sampai sebulan pun lagi. Sambutannya serba sederhana. Yang menyambutnya juga kelompok tertentu, yang gemar ke masjid, gemarkan majlis-majlis ilmu. Kini, 2009 akan pergi dan 2010 bakal bertamu. Poses pertukarannya memang lumrah, sunnatullah. Tetapi kenapa sambutan ke atasnya juga mahu dilumrahkan?
Perkara serupa berlaku setiap tahun. Dan setiap kali itu ada sahaja budaya baharu yang diperkenalkan. Tidak usah disebut konsert itu dan ini, joget sana dan sini. Rasa malu sudah semakin terhakis daripada jiwa umat Islam. Tahun-tahun kebelakangan ini, dibudayakan pula acara mandi buih lelaki dan perempuan. Yang ini juga dicedok dari barat. Lihatlah pula apa yang dibawa tahun ini.
Aduh, sedihnya! Lebih menyedihkan apabila ibu segala maksiat iaitu meminum arak selain perzinaan menjadi perkara biasa. Tunggulah pagi 1 Januari ketika pekerja-pekerja pihak berkuasa tempatan melakukan pembersihan. Tin-tin minuman keras bersepahan. Di Dataran Merdeka dan KLCC, dilaporkan petugas-petugas Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sering terjumpa kondom yang sudah digunakan, tin serta botol-botol minuman keras di merata-rata tempat. Bahkan turut dilaporkan pada sebelah paginya ramai yang tidur seperti golongan yang tiada tempat tinggal atau 'homeless' sementara menunggu bas untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas penat berpesta pada sebelah malamnya. Tidakkah ini menggambarkan kebejatan akhlak umat?
Pihak-pihak yang prihatin tentang masalah gejala sosial sudah 'berbuih mulut' meminta dihentikan pesta-pestaan yang melampau ini. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pernah menyarankan, sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti menunggu detik 12 malam sepatutnya dibatalkan kerana mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang.
Selain itu, kekerapan musibah seperti bencana alam, pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan tindakan sebilangan rakyat yang sering melakukan pelanggaran agama dan nilai-nilai moral, katanya.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan urusetia Latihan Dakwah Lapangan (LANDAS) giat melaksanakan usaha dakwah ala 'taskforce' yang disasarkan kepada golongan remaja di sekitar bandar-bandar tertentu. Para petugas menemui dan menyantuni remaja-remaja ini dengan cara santai sambil menuturkan nasihat dan mengedarkan risalah. Tujuannya adalah supaya anak-anak muda ini sedar bahawa hidup ini punya matlamat agama dan berpeleseran tidak tentu fasal itu salah. Mereka mungkin terpengaruh, bahkan mungkin juga jahil dan tidak pernah diajar batas-batas pergaulan menurut Islam.
Kita yakin banyak lagi golongan yang melakukan kerja murni ini sebagai menyahut seruan Allah yang bermaksud, "Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."
Mudah-mudahan bantuan Allah sentiasa hampir kepada pendakwah-pendakwah yang tabah ini. Bukan sedikit risiko yang terpaksa mereka hadapi sewaktu berdakwah di alam realiti. Mereka mungkin sahaja diejek, di'boo', diusik bahkan diugut oleh kumpulan gangster, tapi kita berdoa mudah-mudahan tiada perkara buruk yang berlaku kerana Allah bersama orang-orang yang benar.
Akhirnya kita berdoa semoga acara-acara tidak berfaedah dan penuh maksiat cepat-cepat dijauhkan daripada kamus hidup rakyat Malaysia menjelang tahun baharu Masihi bagi tahun-tahun mendatang. Sebenarnya kalau ia tidak disambut langsung pun, tahun baharu itu tetap juga datang dengan izin Allah.
APAKAH YANG ANDA BUAT SEMASA MALAM 31 DISEMBER 2009?
SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MELAKUKAN MAKSIAT..