InsyaAllah, sedikit perkongsian dari meja sekreteriat program Save Gaza yang mewakili KARISMA, ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Penduduk BBB yang memberi kepercayaan dan peluang kepada KARISMA untuk turut bersama menjayakan program ini. Peluang bekerjasama dengan pelbagai badan NGO yang lain juga merupakan pengalaman yang cukup berharga.
Alhamdulillah, pada 7hb Januari yang lalu, ana dan sekumpulan akhawat berkesempatan untuk turun ke padang stadium seksyen 15 untuk bersama menjayakan program Malam Save Gaza. Program dimulai dengan solat Isya' dan solat hajat beramai-ramai di atas padang. Bau rumput yang basah cukup dan dibumbungi langit biru cukup memberi rasa khusyuk menghadap Sang Pencipta.Subhanallah..
Kemudian, majlis beralih ke program di atas pentas. Hadirin yang membanjiri stadium dihangatkan dengan sorak anti Yahudi yang diketuai oleh pengerusi majlis. Semangat terus disemarakkan dengan penyampaian pidato dari wakil Aman Palestin, PAS, UMNO dan wakil Palestin. Malam tersebut juga diwarnai dengan persembahan nasyid yang menyentuh isu2 Palestin dari kumpulan Rabbani, Muadz dan lain-lain lagi. Kutipan sumbangan sebanyak seratus ribu ringgit dari masjid dan surau sekitar BBB turut diserahkan kepada wakil dari Palestin dalam usaha membantu saudara seIslam di bumi Palestin. Alhamdulillah, melihat kepada hasil sumbangan memcerminkan sensitiviti penduduk BBB yang tinggi terhadap isu di Gaza ini..
Secara keseluruhan, program Save Gaza berjaya menyuntik semangat masyarakat yang hadir tentang isu Palestin dan isu memboikot barangan Yahudi dan Amerika. Suara masyarakat bergema malam itu melaungkan slogan yang menyatakan bantahan dan kecaman terhadap yahudi. Suara ana pun hampir hilang..huhu. Tahniah kepada pihak penganjur yang dan juga wakil Karisma yang mengetuai sorak anti yahudi di atas pentas.. Program seperti inilah yang kita mahukan. Program yang menyentak jiwa yang tertidur tentang amanah yang diberi dan akan dipersoal di akhirat nanti. Takbir!
No comments:
Post a Comment