Tuesday, March 24, 2009

MARI KITA DUDUK SEBENTAR….KITA MERENUNG SEJENAK…(1)

” Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada ALLAH maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (sedar kembali)”......( Al-A’raf : 201)

” Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan” .... (hadis riwayat Ahmad) .



Seorang dari para Salihin pernah berkata; ‘ saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia , ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu”

1) Tamak dan buruk sangka , maka aku menghadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada…

2) Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan , lalu aku menghadapinya dengan dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu….

3) Cintakan kerehatan dan kemewahan , lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti....

4) Kagum terhadap diri sendiri ( U’jub) lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada ALLAH dan kepada akibat yang buruk...

5) Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka , lalu aku menghadapinya dengan mengenali hak2 mereka dan menghormati mereka dengan sewajarnya ...

6) Hasad (dengki) , lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada ( qana’ah) dan redha terhadap kurniaan ALLAH kepada makhluknya ...

7) Riya’ dan sukakan pujian orang , lalu aku menghadapinya dengan ikhlas...

8) Bakhil ( kedekut) , lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi ALLAH...

9) Takabbur ( membesarkan diri ) lalu aku menghadapinya dengan rasa tawadhuk...

10) Tamak-haloba , lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi ALLAH dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia...

Thursday, March 19, 2009

PERKONGSIAN PROGRAM “LE TOUR DE FAMILY”

Assalamu'alaikum..

Sedikit perkongsian dengan semua..

maaf kalau guna ayat yang tak formal.

Alhamdulillah, pada 14 Mac 2009 yang lepas,

beberapa akhawat dari usrah hajar,

usrah k.nad n tanzim telah bersama untuk menjayakan program Le Tour De Family

dengan mengadakan Ziarah ke Hospital Kajang.


Sedikit gambaran ziarah:
Bermula jam 2.30 pm kami decide utk sama-sama naik rapid di bus stop masing2 dari UKM, so akan jumpa kat dalam bas rapid.
Tapi, group akhawat dah terbahagi dua sebab ada yang sempat naik rapid dan ada yang tertinggal, so terpaksalah yang pegi dulu tunggu yang keciciran ni kat kajang. Then, dalam 3.30 baru semua orang dapat berkumpul di metro kajang.
Sampai di metro kajang, singgah ke giant untuk beli sedikit buah tangan utk para pesakit di hospital nanti.

Biasalah, akhawat beli apa lagi, coklat... utk kanak-kanak. Sebab kami plan nak g ziarah wad kanak-kanak.
Selesai membeli, plan utk jalan kaki ke hospital Kajang..
Tapi Allah dah tentukan yang terbaik, hujan semakin lebat, menyebabkan kami terpaksa mengambil teksi utk ke hospital..
Sampai di hospital kajang dalam jam 5pm, bergegas cari surau utk solat asar.
Then, kami solat asar berjamaah.
Selesai solat Asar, buat usrah jap...he..he..
Sesi ta'ruf dan sedikit peringatan dan tujuan program ziarah ni diadakan..

Utk perkongsian bersama:
"Adik-adik, tahu tak hari ni kita akan buat konsep redah rempuh ?"

..Kenapa??

"Sebab tak contact pun dulu dengan pihak hospital kita nak buat ziarah, he..he.."
"Lagipun, kita tak ramai, ok kot.."
Buat muka tenang, padahal dalam hati berdebar-debar takut kena halau dengan guard hospital.

"Banyakkan doa, selagimana niat kita ikhlas datang utk ziarah bagi sama-sama merasai kesusahan dan keperitan pesakit,

serta medan utk kita memuhasabah diri, dan utk meningkatkan rasa syukur kita pada Allah, InsyaAllah, Allah akan bantu dan permudahkan jalan utk kita"

Alhamdulillah, akhawat faham dengan konsep redah rempuh ni..
Sebelum masuk ke wad, akhawat dibahagikan kepada beberapa group dengan bekalan majalah, sticker comel dan coklat utk dibahagikan kepada para pesakit.

Then, sampai ke wad kanak-kanak dari umur 1- 12 tahun, ada mak guard duk tunggu depan pintu masuk..
Jeng..jeng..jeng...
Rasa berdebar-debar..takut tak boleh masuk..

"Makcik, nak masuk boleh? Kami nak ziarah pesakit."

Jawab mak cik Guard:
"Masuk..masuk..silakan"
"Memang pintu tu dibuka untuk masuk pun.."

Fuuh.. lega..

Alhamdulilah, syukur pada Allah yang memudahhkan urusan kami.
Masuk ke wad,
ok..ujian ke-2, nak minta permission daripada doktor plak..

Dengan muka yang manis, perkenalkan diri..
"Assalamu'alaikum, kami pelajar dari UKM Bangi, nak adakan lawatan ke wad ni, boleh ke?"
Doktor ni pulak yang nampak cuak.. dia ingatkan pelajar pelatih..

Selepas berbincang dengan pembantunya, kami dibenarkan jumpa dengan para pesakit.
Then, akhawat pun memulakan operasi bermu'ayasyah dengan pesakit dan keluarga pesakit..

Actually, pesakit dan keluarga pesakit sangat mengalu-alukan kedatangan kami,
Ada yang kena denggi, demam panas, asma, jangkitan kuman, dll..
Gambaran ketabahn terpancar dimata mereka disebalik kesakitan yang dihadapi
Bayangkan..anak-anak kecil yang baru nak belajar mengenali kehidupan,
Menghadapi kesakitan yang mungkin kita tak pernah rasa sebelum ni..
Tapi inilah yang dinamakn ujian..

Akhawat sekalian,
Mohon antum doakan anak-anak kecil ni sentiasa tabah dan tahan menghadapi penyakit yang mereka alami,
Sama-sama kita doa, anak-anak kecil ini bakal menjadi insan yang akan menyambung perjuangan kita,
Menyambung perjuangan dengan lebih hebat,
Kerana mereka telah merasai kesusahan dan keperitan hidup yang lebih hebat dari kita.
Doakan anak-anak kecil ini dapat membesar dalam suasana dan didikan Islam.

Kami bertolak balik dalam jam 6.30 pm ke UKM.

Sekian dahulu, wslam..

Monday, March 9, 2009

Coretan SEMPENA MAULIDUR RASUL – “SUNNAH TERAGUNG RASULULLAH SAW"

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay Bin Kilab bin murrah bi Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr (Quraisy) bin Malik ibnul-Nadhr bin Kinanah bin Ma’ad bin Adnan. Mereka semua adalah anak cucu Nabi Ismail B. Ibrahim as.

Nama yang terpilih..

Ditengah-tengah kerosakan moral manusia yang sangat parah, risalah Muhammad saw datang.

Risalah yang dibawa menghimpun semua misi kerasulan dan kenabian sebelumnya.

Sekaligus sebagai penutup kerasulan dan kenabian sebelumnya.

Ini bererti kenabian Rasulullah Muhammad mencakupi keseluruhan kehidupan manusia didunia dari saat diangkatnya menjadi Rasul sehingga hari kiamat.

Allah berfirman:

“Tidaklah Kami utus engkau kecuali kepada seluruh alam menjadi pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan” (Saba’:28)

Rasulullah juga diutus untuk menyempurnakan akhlak supaya menjadi contoh buat seluruh umat.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al-ahzab:21)

Macam mana nak relatekan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan risalah teragung daripada Allah swt dengan kehidupan kita sekarang?

Dalam usaha Rasulullah untuk menyampaikan risalah Baginda, apakah agenda utama yang ditekankan?

Dalam manhaj nubuwwah, dakwah dan tarbiyyah merupakan agenda utama baginda Rasulullah saw sewaktu baginda memulakan dakwahnya di Mekah.

Dimana baginda memulakan tarbiyyahnya kepada sahabat2 awal yang memeluk Islam di rumah al-arqam b. abi arqam.

Sedarlah, betapa pentingnya tarbiyyah untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM!!

Negara ISLAM Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau bukan kerana tarbiyyah oleh Rasulullah saw.

Kegemilangan di Badar tidak akan dicapai jika bukan dengan tarbiyyah.

Keutuhan daulah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan al awa’iel yang ditarbiyyah.

Malah kelangsungan daulah di zaman khilafah Islam juga menjadi kuat kerana wujudnya RIJAL yang ditarbiyyah.

Dan keruntuhan khilafah ISLAM juga berlaku setelah MUSLIM melupakan tarbiyyah..

Dengan melihat kepada sirah perjuangan Rasululullah saw kita akan menemui sunnah Rasulullah yang teragung adalah dakwah & tarbiyyah.

Memang sakit dan perit, nak memulakan dengan dakwah dan tarbiyyah,

Sangat memerlukan pengorbanan yang banyak,

Namun inilah sunnatullah.

Nampak macam lambat, tapi inilah formula keberjayaan dakwah Rasulullah saw.

Memulakan usaha untuk meletakkan ISLAM dipuncak dengan permulaan dari bawah, iaitu pembinaan individu.

Rasullulah saw pernah bersabda:

“Duhai,alangkah baiknya kira aku dapat menjumpai ikhwanku. Para sahabat bertanya”wahai Rasulullah saw, siapakah ikhwanmu? Apakah kami termasuk dari mereka? Beliau bersabda “Tidak, Kalian adalah sahabat-sahabatku. Ikhwanku adalah orang orang yang datang setelah kalian, yang beriman kepadaku seperti keimanan kalian, membelaku sebagaimana pembelaan kalian. Duhai alangkah baik kiranya aku bisa menjumpai ikhwanku”

Adakah kita ikhwan yang disebut oleh baginda itu??

Nak tak jadi ikhwan yang disebut oleh Baginda??

Bersamalah kita berazam untuk melahirkan RIJAL-RIJAL yang “sanggup meletakkan hidupnya demi ISLAM jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya.”

RIJAL-RIJAL yang tersemat dalam dirinya untuk meninggikan kalimah tauhid..

Sungguh.. kita akan merasa kenikmatan dalam keperitan ni,

Bayangkan dalam kehidupan Rasulullah,

Hakikatnya terdapat bunga-bunga keharuman dalam keperitan kehidupan baginda menyampaikan kebenaran ditengah-tengah kebatilan yang berleluasa di tanah arab.

Betapa baginda menjalani kehidupan yang benar-benar menuruti apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Kehidupan yang menjadi contoh teladan yang terbaik kepada generasi selepasnya sehingga kiamat.

Kehidupan yang penuh dengan erti perjuangan dan jihad dalam menyampaikan dan menegakkan agama Allah kepada sekalian manusia.

Kehidupan untuk memimpin seluruh manusia mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Ya Rasulullah, kami merinduimu…

Ya Rasulullah, kurniakanlah syafaatmu..

Wallahu’alam..

Friday, March 6, 2009

BENGKEL FIKRAH ISLAM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang mentakdirkan Usrah Gabungan pada6 Mac menjadi kenyataan.. Usrah Gabungan kali ini berkonsepkan bengkel yang membincangkan tentang fikrah islam..Secara asasnya ia merupakan perbincangan tajuk-tajuk di dalam modul persediaan.

kesemua peserta yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut usrah masing-masing.. mereka diminta untuk membentangkan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan menggunakan kaedah-kaedah yang dirasakan menarik dan sesuai.. secara keseluruhannya terdapat 5 tajuk di dalam modul persediaan yang telah dibentangkan pada hari tersebut.. kiranya adik2 ni dah boleh la naik modul lepas ni... heheheeh.. cuma mungkin yang mana tak lalui lagi modul ni sampai habis boleh kupas lagi bersama naqibah masing-masing untuk lebih mantap laa...

TAJUK 1: HAKIKAT SEBENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL
Kumpulan yang bentang ni guna teknik power point.. biasalah, bila cerita pasal iman ni, memang la sangat-sangat panjang.. 

DARI MANA KITA DATANG, KENAPA KITA HIDUP DI DUNIA, KEMANA NAK PERGI LEPAS NI

paling penting untuk kita tau ialah perkara-perkara yang membatalkan iman seseorang dan langkah-langkah untuk kembali kepadanya...

TAJUK 2: AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI PEGANGAN HIDUP
kumpulan kedua membentang dengan lebih santai..memulakan pembentangan dengan lakonan.. secara ringkasnya lakonan tesebut menunjukkan seorang akwat yang dalam dilema kena buat pilihan antara dua.. persoalan yang dilontarkan mudah je... MANA NAK RUJUK BILA KITA TERSEPIT ANTARA DUA PILIHAN??

perkara utama yang nak diketengahkan ialah kena la rujuk dua rujukan yang sentiasa ada
1- Quran 
2- sunnah

selain itu kumpulan ini juga menjalankan aktiviti macam muhasabah diri la jugak.. semua diminta untuk menundukkan muka dan hanya angkat muka apabila mereka melakukan perkara2 yang disebutkan.. antara perkara yang di sebutkan ialah:
1- adakah anda makan menggunakan tangan dalam sebulan yang lepas dan tak guna sudu langsung??
2- adakah anda mengamalkan makan buah dulu sebelum makanan berat??
3- potong kuku hari jumaat tak??
banyak la soalan lain.. untuk muhasabah diri pendengar dan juga pembentang.. semua tu sunnah2 Rasulullah yang kita kadang2 lupa...

TAJUK 3: IBADAH DALAM ISLAM

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

(ad-dzariyat:56)


seperti biasa, kumpulan ini juga menggunakan teknik power point... antara perkara penting yang ingin diketengahkan ialah  ciri-ciri ibadah dalam islam: 
1- mesti kerana Allah (ikhlas)
2- berhubung langsung dengan pencipta (xde perantara yer....!!)
3- melambangkan khudu' dan penuh ketaatan

selain itu, antara perkara lain ialah ruang lingkup ibadah yang luas dalam islam... sume2 benda baik, apabila menepati syara' adalah ibadah... tidak terhad pada ruang lingkup atau tempat tertentu..contoh paling mudah yang diketengahkan ialah, nak solat tak yah ke masjid pon tak per.. dalam bilik pon boleh.. 
P/S: yang lelaki kena la gi masjid yer... sunat yang sangat2 dituntut tuu... ini sebagai contoh je nak kata kat mana2 pon boleh solat.. tengah padang pasir pon boleh..

TAJUK 4: SISTEM AKHLAK DALAM ISLAM
kumpulan ini pulak lebih santai... macam borak2 sesama kawan jer sebab mereka bentang berdua je... punyalah gugup dorang ni.. kesian.. tapi pembentangan masih lagi best walaupun berdua...

perkara yang mereka ketengahkan ialah teras utama akhlak islami:
1- ikhlas
2- benar
3-sabar

selain itu mereka membincangkan faktor-faktor perosak akhlak dan mcm mana nak bina akhlak yang baik.. 

mereka juga bincangkan perbezaan akhlak dan moral... Ada beza??? pikir2 kan lah....

TAJUK 5: ISLAM AGAMA YANG SYUMUL
Kumpulan ini juga lebih kurang macam berlakon la jugak... ada murid2 dan ada cikgu.. hehehe... comel2... 

secara ringkasnya mereka mengetengahkan bahawasanya islam itu mencakupi semua ruang lingkup kehidupan manusia.. tidak terbatas kepada akhirat tetapi dunia.. 

meletakkan Allah sebagai penguasa, Rasul sebagai "guide"... fungsi manusia itu sendiri sebagai khalifah mentadbir.. justeru manusia perlu perbaiki diri sentiasa... so, sebagai muslim kena lah memperbaiki diri menjadi lebih baik dan ajak orang lain sama2 melakukan kebaikan....

secara mudahnya inilah yang dilalui sepanjang bengkel ini.. sangat2 diakui masa memang agak terhad untuk bengkel seperti ini..mungkin para naqibah boleh menerangkan lebih terperinci dalam usrah masing... 

bengkel ditutup oleh Hajar dan juga Kak Nazihah.. semoga segala manfaat dapat diperolehi dari bengkel seperti ini.. segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk dari kami sendiri sebagai penganjur... wassalam...



Monday, March 2, 2009

KGR in action...!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

kalam ini dimulakan semoga terkesan di hati semua yang membaca.. bukan untuk riya' atau menunjuk... sekadar berkongsi pengalaman perjalanan kami untuk mencari lokasi strategik bagi program akan datang iaitu Kem Generasi Rabbani pada Mei akan datang...

BAGI SEMUA AHLI, NANTIKAN KEMUNCULANNYA... rugi kalau tak pergi.. percayalah..!! ia bukan sekadar kem yang biasa...SUNGGUH LUAR BIASA..!!

perjalanan pagi tersebut dimulakan dengan menaiki KTM, hanya 3 org yang berkereta mencari jalan untuk ke destinasi menggunakan lebuhraya... yang lain mencari jalan menggunakan kenderaan awam..

TARGET lokasi: hutan lipur kanching dan sekitarnya..
ALASAN: reachable via public transportation..

yang bestnya, mereka yang berkenderaan awam sampai dulu pasal yang berkereta sesat jalan.. yer la pulak... yg nai kereta sume pon tak pernah lalu.. main redah aje..

1st Location- Hutan Lipur Kanching

hehehehe... lokasi ini mmg cantik dari segi khabarnya.. Erm, rupa pon cantik la jugak.. cumanya.. ada beberapa masalah:

1- tapak khemah berpagar, tapi xde security.. pandai2 sendiri laa...
2- takde dewan, surau under construction
3- kami pon tak sure sape nak dirujuk if kami nak tempah tempat tu..
4- kami juga tak sure ada sumber elektrik utk PA system ke tidak...

jadi atas masalah2 itu, maka kami pun berangkat ke lokasi seterusnya

2nd Location- Templer Park

tempat kedua ni pun masalah jugak..lokasinya tak jauh dari lokasi pertama tadi cuma ada banyak jugak masalah:

1- yg ada cuma kem PLKN je.. xkan nk wat KGR dgn PLKN kot...?? hehehe..
2- bas nak datang ade, nak balik pulak yang xder.. xkan dtg xnak balik kot...??

jadi, keputusan dibuat untuk ke lokasi seterusnya.. tp sebelum tu kena makan dulu.. pasal sume dah kebuluq tahap melampau... huhu.....

..makan time..

3rd Location- Taman Rimba Komenwel

bayangkan dari lokasi kedua tadi, kami ke sini menaiki kereta dengan berhimpit sebanyak dua trip.. 1st trip 5 org tak termasuk pemandu, 2nd trip 6 org tak termasuk pemandu.. dengan menaiki "BURO' " kak Ros a.k.a kancil maroon tuu (^_-), kami terbang ke lokasi ini... bayangkan la nak u-turn punya la jauh... akhirnya Alhamdulillah, sampai jugak..

di sini masalah2 teknikal boleh dikatakan selesai... memang kebetulan kami dtg GPMS sedang berprogram.. jadi kami mengambil masa untuk berbual dengan mereka dan bertanya-tanya.. masalah utamanya adalah?? payah nak cerita, cuma kami tak dinasihatkan untuk buat di sini laa... huhuhu.....

agenda hari ini diteruskan lagi dengan program induksi Akhwat Darus Sakeenah..
kami main game bola2 api.. ceewwahh... pandai2 je...

game yang kami main ni merupakan penutup segala penat lelah kami... walaupun kepenatan belum berakhir, cuma kami ambil kesempatan ini untuk bersuka2 sekejap.. tp tetap ada jugak pengisian..permainan kejar bola dalam sungai yang berbatu2 mcm cari mad'u dalam jalan yg ditaburi duri.. cam tu la lebih kurang..

sampai masa untuk pulang, Hujan lebat dengan petir pulak... jadi kami pun syura.. isunya, mcm mana nak ke stesen KTM rawang.. pilihan yg ada ialah naik "Buro' " kak Ros sebanyak 2 pusingan dan jalannya memang jauh.. atau berjalan ke bas stop berkongsi payung dalam hujan lebat untuk menuggu bas... akhirnya, ada yang naik kereta dan ada yang berpayung dalam hujan menunggu bas.

selesai bab yang naik bas.. ni pulak bab akhwat yang dalam "Buro' " kak Ros.. seperti yang dijanjikan Liza memandu... memandu jugak la walaupun kaki kejang cket.. Liza tahankan jugak sebab niatnya nak memahirkan teknik bawak kereta.. kalau tak nnt saper nak angkut adik2 ke program..?? masa nak balik ni masing2 kebulur tahap melampau.. jadi ape yg berlaku??

kami pon nak beli makanan la.. tapi, bila keluarkan duit... masing2 tengok beg duit...Kak Ros ada beberapa ringgit, Liza ada RM2 je pasal pagi2 kuarkan duit dah wat isi myk etc, Ain pon xde duit... kami pon gelak2.. sengkek giler akhwat ni... huhuhu... pastu mula terfikir.. mcm mana nk bayar tol nnt?? ayyooooo.....

Nasib baik Kak Syarah ada jugak RM cket2... kami pon beli makanan utk share ramai2 dalam kereta...

perjalanan meredah hujan masa balik

Justeru, ketahuilah adik2 mahupun sahabat2 kami ikhwah akwat karisma UKM mahupun lokasi sekitarnya... perjalanan ini kami mulakan Kerana Allah, dan Kerana Allah juga kami teruskan walaupun banyak halangan, dan Kerana Allah juga kami selamat sampai ke UKM.. segala puji bagi Allah...

untuk ini adik2 mahupun sahabat2 kami ikhwah akwat karisma UKM mahupun lokasi sekitarnya...marilah sama2 turut serta dalam KGR tahun ini... Sure berbeza dari yang lepas... Sure Gempak.. insyaAllah, dgn izin Allah... kami akan cari lokasi yang sure Syok..!! ok??

NANTIKAN KEMUNCULAN KEM GENERASI RABBANI 2009

Pelancaran Le Tour De Family




Dengan Ini diumumkan :-

PELANCARAN LE TOUR DE FAMILY (LTDF) KARISMA UKM BANGI

TEMA:KASIH DISEMAI UKHUWWAH BERSEMI

TARIKH:SEPANJANG MAC

TEMPAT:FLEKSIBEL

OBJEKTIF:
Merapatkan ukhuwwah dan silaturrahim antara anak-anak usrah ,naqibah serta pimpinan karisma ukm bangi


Ada apa dengan Le Tour De Family(LTDF)?

LTDF atau lebih dikenali ziarah mahabbah yang acapkali diketahui sebagai kunjung mengunjungi bilik ke bilik ataupun rumah kini diberikan nafas baru dengan pembaharuan konsep ziarah itu sendiri yang mana konsep kunjung mengunjung dan merapatkan silaturrahim boleh dilakukan di tempat-tempat yang bersesuaian dan mengikut kreativiti setiap usrah seperti hospital,pusat membeli belah,bermain bowling ,berbasikal,memancing,sukaneka,rock climbing,abseiling dan etc.

Mengapa LTDF?

Tujuan LTDF diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwwah silaturrahim di antara murobbi/ah dan mutarobbi serta pimpinan karisma ukm bangi.

Bagaimana perlaksanaan LTDF?

LTDF dilaksanakan dengan kerjasama anak-anak usrah,naqibah dan pimpinan karisma ukm bangi.Hasil perancangan naqibah dan anak-anak usrah mengenai tempat dan masa LTDF setiap usrah hendaklah dihantar dan dikhabarkan menerusi tpsm_kukm@yahoo.com untuk memudahkan wakil-wakil pimpinan akan untuk turut bersama –sama dengan antum di dalam aktiviti LTDF yang telah dirancang oleh setiap usrah. Penggabungan usrah untuk melaksanakan LTDF adalah amat digalakkan

*Sebarang pertanyaan dan permasalahan bolehlah diemailkan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Imam malik meriwayatkan:bersabda Nabi Muhammad S.a.w bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku,di mana kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku

-Moga Hati Tak berbelah Bahagi Menjalankan Risalah Ini-