Friday, May 15, 2009

KAsih BUat Sahabat (KABUS-edisi April 09)

6 tips mencapai kekusyukkan dalam SOLAT:
1. KEHADIRAN HATI
2. KEFAHAMAN
3. PENGHORMATAN
4. HAIBAH (takut yang berasal dari perasaan hormat)
5. AMAT MENGHARAP
6. MALU

CIRI-CIRI KARISMA YANG
POSITIF >>
- Penampilan diri kemas
- Mempunyai pendirian yang teguh
- Bersungguh-sungguh membuat kerja / amanah
- Tidak bertangguh
- Tidak mencampurkan masalah peribadi dan urusan kerjaya
- Yakin dan bertawakkal kepada Allah
- Melakukan kerja mengikut standard Allah dan RasulNya
- Menghormati semua orang
- Mempunyai matlamat hidup yang jelas
- Menepati janji / tepati masa
- Tegas dengan prinsip tetapi boleh bertolak ansur dalam kepentingan peribadi
- Memiliki daya kepimpinan yang tinggi
- Mudah memahami kesusahan dan kesulitan orang lain

“Menerobos Sempadan Diri”
 (Dato’ Dr Fadzillah Kamsah)

NOTA SAHABAT..
Tanyalah dia supaya kau tahu
masa pasang dan masa
surutnya,
Tanyalah dia jika dia sedang
memerlukan bahu untuk
menampung segala duka dan
berkongsi suka,
Tanyalah dia dimana masa
kenyang dan masa laparnya
Tanyalah dia andai dia
memerlukan ruang dan masa
dari dirimu,
Tanyalah dia segalanya kerana
bukankah engkau yang dulu
pernah berjanji untuk menjadi
sahabatnya?

No comments: