Tuesday, March 9, 2010

KE ARAH MELAHIRKAN USRAH MUNTIJAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entri ni dititipkan khas buat para murabbi yang ikhlas berjuang demi Islam tercinta. Dimana dirinya mempunyai impian sebagaimana impian al-faruq yang mengimpikan terbinanya rijal-rijal yang akan menyambung perjuangan ini. Dimana dalam dirinya sangat bercita-cita melihat anak usrah didikannya membesar dengan suapan tarbiyyah yang sempurna hasil didikan tangannya. Dimana dirinya telah berjanji untuk hidup dan mati diatas jalan dakwah ini.

InsyaAllah, ingin kukongsikan bersama kalian sedikit ilmu yang kuteguk sepanjang berada di dalam sistem tarbiyyah ini. Sesungguhnya ku berlindung daripada Allah daripada perasaan riak dalam penulisan ini, tiada matlamat lain yang kuingini melainkan pengharapan redha Allah dan beroleh kebaikan dunia dan akhirat.

Keterbukaan hati ini untuk menulis timbul kerana kerisauanku terhadap kesinambungan tarbiyyah di tempat kita mencedok ilmu dan pelbagai pengalaman ni, UKM. Bila ku melihat jumlah yang akan grad yang sangat ramai, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan, kerisauan yang meladak dalam hati ini. Adakah amanahku telah selesai? Adakah aku telah meninggalkan pewaris di sini?. Ku sangat memahami sudah semestinya akhawat yang lain juga merasai perasaan yang sama kurasai.

Jadi, jom sama-sama kita muhasabah kembali prestasi usrah kita, dan sama-sama memperbaikinya dan berusahalah untuk menghasilkan usrah muntijah.

Pertamanya, apa itu usrah muntijah?

Usrah muntijah adalah usrah/ halaqah yang dinamik dan produktif. Usrah ini melalui proses pelajaran secara dinamik hingga terhasil produktiviti dalam mewujudkan tujuan usrah tersebut. Dalam bahasa ringkasnya, anak-anak usrah kita ni akan lahir menjadi seorang pendakwah yang akan menyambung perjuangan kita malah menjadi lebih hebat daripada kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, halaqah/usrah adalah wadah utama dalam memastikan tarbiyyah yang diperolehi itu efektif. Seharusnya, halaqah/usrah kita menjadi wadah membina kader dakwah, sebagai kilang menghsilkan para da'ie.

Kepentingan Halaqah/usrah:

  1. Wasilah paling utama dalam tarbiyyah – perintah Allah untuk belajar seumur hidup
  2. Sunnah Rasululah dalam membina sahabat
  3. Sarana berkesan untuk membentuk sakhsiah islamiah
  4. Melatih amal jama'ie dalam mempertahan kewujudan jemaah Islam
  5. Jalan yang paling tepat untuk takween ummah

Macam mana nak wujudkan usrah muntijah?

  1. Jangan jadikan usrah/halaqah itu sebagai rutin (ni biasanya berlaku jika kita beranggapan usrah diadakan sekadar untuk habiskan silibus, halaqah jalan, tapi ruhnya takde)
  2. Elakkan usrah/halaqah berjalan secara monotone – should be multitone! (tukar tempat, bagi tugasan pada anak usrah, buat masak2, jalan2, main games, dll, naqibah seharusnya kreatif)

Kenapa halaqah/usrah tak muntijah?

  1. Terjebak dengan rutin
  2. Sibuk dengan aktiviti yang lebih grand
  3. Kesibukan urusan duniawi
  4. Terpengaruh dengan jumlah peserta
  5. Merasa halaqah/usrah tiada masalah
  6. Kurang motivasi & muhasabah dalam jamaah & akhawat sekitar
  7. Tertipu dengan nostalgia lampau

Apa peranan kita sebagai murabbiyah?

  1. Ikhlaskan niat, tuluskan hati mentarbiyyah mutarabbi kita kerana Allah
  2. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan amalan sunat terutama tahajud
  3. Perlu sangaaaaaat pengorbanan daripada kita (banyakkan ziarah, tidur, makan, bermusafir sama2 mutarabbi, mesej, noted dengan apa yang berlaku pada mutarabbi kita, jaga kebajikan dia)
  4. Jaga akhlak. Hayatilah peribadi yang memikat (magnetic personality)
  5. Bersifat serius dalam usaha mentarbiyyah mutarabbi
  6. Banyakkan berdoa pada Allah, agar kita terpilih menjadi murabbiyah yang melahirkan para pendakwah hasil daripada didikan tangan kita

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk para murabbi dan mampu diamalkan. Semoga daripada tangan antum akan lahir insan yang hebat!

Wallahu'alam.

No comments: